fbpx
Now Reading
“Mengapa Harga Minyak Ketika Ini Masih Belum Turun? Ini Jawapan Saya” – PM Anwar [Video]

“Mengapa Harga Minyak Ketika Ini Masih Belum Turun? Ini Jawapan Saya” – PM Anwar [Video]

Menurut Anwar Ibrahim, Arab Saudi menjadi ukuran kerana keluaran minyak di negara itu jauh lebih tinggi berbanding di Malaysia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan beliau sedar dengan sindiran segelintir rakyat Malaysia mengenai ucapannya tentang harga minyak turun yang masih dijadikan bahan cercacan sehingga hari ini.

Video ucapan Anwar tentang ‘hari ini menang, esok minyak turun’ pada 15 tahun dahulu itu sering diputarkan semula oleh sesetengah pihak berikutan harga minyak ketika ini kekal sama di saat beliau kini memerintah negara.

Berikutan itu, Anwar menerusi satu video ucapannya semasa Majlis Ramah Mesra Madani telah memberi penjelasan tentang perkara tersebut.

Harga minyak di Arab Saudi pada 2008 jauh lebih murah berbanding di Malaysia

Menurut Anwar, ucapan itu yang diungkapkan pada tahun 2008 semasa beliau masih lagi di pihak pembangkang, harga minyak di Arab Saudi hanya 50 sen untuk seliter manakala di Malaysia sekitar RM1.80 seliter.

“Saya dicerca merata tempat. ‘Hari ini menang, esok minyak turun.’ Ada dengar tak ?

“Baik dengar jawapan saya. Bila saya kata itu? 2008. Masa itu berapa harga minyak Saudi? 50 sen. Masa itu kita dalam RM1.80 atau RM1.60.

“Jadi saya kata, pasal apa Saudi boleh 50 sen dan kita tinggi sangat. Kita kena turun (harga minyak) lah,” katanya.

Harga minyak di Arab Saudi pada 2023 lebih tinggi berbanding di Malaysia

Menurutnya lagi, bagaimanapun harga minyak pada tahun 2023 ini pula di Arab Saudi adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia.

“Sekarang 2023, harga minyak di Arab Saudi lebih tinggi dari Malaysia. Kita nak turun macam mana lagi? Kita (kerajaan) dah bagi subsidi yang tinggi dah sehingga 30, 40 bilion ringgit subsidi minyak.

“Itu jawapan saya, Arab Saudi jadi ukuran kerana keluaran minyak di sana berkali-kali ganda daripada kita (Malaysia) tapi harga lebih tinggi,” katanya lagi.

Harga minyak petrol di Arab Saudi RM2.90 seliter dan Malaysia RM2.05 seliter

Menerusi semakan kami di laman web Global Petrol Prices, harga minyak di Arab Saudi pada tahun ini sekitar 2.30 Saudi Riyal bagi seliter iaitu bersamaan dengan RM2.90.

Manakala di Malaysia pula, minyak bersubsidi iaitu RON 95 masih kekal pada harga RM2.05 seliter, lapor Ringgit Plus.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.