fbpx
Now Reading
“Terbaik Tuan”- Tindakan Polis Trafik Bantu Warga Emas Ketika Motosikal Rosak Raih Pujian Ramai [Video]

“Terbaik Tuan”- Tindakan Polis Trafik Bantu Warga Emas Ketika Motosikal Rosak Raih Pujian Ramai [Video]

Menurut Ezza, sebelum video itu dirakam polis berkenaan telah membantu warga emas terbabit menolak motosikalnya dari seberang jalan namun tindakan itu tidak sempat dirakam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak kiralah siapa dan apa pangkat yang disandang, sebagai manusia kita perlu melakukan kebaikan kepada setiap orang.

Perkara ini termasuklah membantu individu yang berada dalam kesusahan.

Malah tindakan tersebut juga dipandang mulia dan digalakkan oleh setiap agama.

Anggota polis trafik bantu warga emas undang perhatian ramai

Perkara ini samalah seperti apa yang dilakukan oleh seorang anggota polis trafik di Alor Setar, Kedah ini apabila sentiasa ringan tulang membantu warga emas yang kesusahan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Ezzaiskandar di TikTok, awalnya kelihatan seorang pakcik mengalami masalah motosikal yang dipercayai mati ketika ditunggang.

Cuba hidupkan beberapa kali enjin motor sehingga berjaya

Anggota polis itu kemudian cuba untuk membantunya apabila cuba menghidupkan semula motor berkenaan sambil diperhatikan warga emas terbabit di sisinya.

Kelihatan polis itu cuba beberapa kali sehingga akhirnya motosikal itu berjaya dihidupkan semula, malah dia turut memulas throttle motor beberapa kali sebelum ditunggang oleh warga emas berkenaan.

“Dalam sibuk jaga lalu lintas di lampu isyarat Hospital Lama Alor Setar, anggota polis ini sempat tolong pakcik ni.

“Ingat macam ayah dia kot,” tulis Ezza.

Menurut Ezza, perkara itu sempat dirakamnya semalam (5 Oktober) sekitar jam 7 pagi.

Di ruangan kapsyen Ezza turut memuji tindakan anggota polis berkenaan kerana ia boleh dijadikan contoh kepada masyarakat.

@ezzaiskandar0

A.Star 5hb Okt Jam 7pg Anggota Trafic IPD Kota Setar sempat lagi membantu Pakcik ni ketika sedang mengawal lalulintas di Trafic Light Utama Jln Sultanah berhampiran Hospital Lama.Contoh yang baik pada Anggota lain dan Masyarakat..sesuai slogan POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA. #trafikkotasetar #Ipkkedah #poliskedah

♬ original sound – bitobeyto – bitobeyto

Tolong tolak motor dari seberang jalan, anak warga emas tampil beritahu ayah baru dapat motor

Selain itu, Ezza menjelaskan sebelum berjaya menghidupkan enjin motosikal tersebut, anggota berkenaan telah menolak motor dari seberang jalan namun tindakan itu tidak sempat dirakam.

Dalam ruangan komen, anak kepada pakcik terbabit juga menjelaskan situasi itu mungkin berlaku ketika ayahnya dalam perjalanan ke tempat kerja.

Perkongsian ini turut mendapat perhatian apabila ramai yang memuji sikap anggota polis berkenaan, selain turut mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

“Syukur alhamdulillah terima kasih abang polis trafik tolong pakcik tu start motor.. semoga Allah SWT mempermudahkan segala urusan abang”

“Kasi viral.. inilah contoh anggota polis trafik yang terbaik”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.