fbpx

Raja Ilya Dikecam Gara-gara Ucap ‘Stay Safe’ Pada Gal Gadot

Raja Ilya kemudiannya menegaskan ucapan ‘stay safe’ yang ditujukan kepada Gal Gadot itu adalah atas dasar kemanusiaan dan bukan sebagai tanda sokongan terhadap Israel.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perang yang melibatkan Palestin dan Israel kembali menjadi topik hangat apabila pejuang Hamas mula membalas kembali serangan dan tekanan penjajah itu selama puluhan tahun dengan melancarkan serangan roket pada 7 Oktober.

Konflik terus memuncak apabila pihak Israel membalas serangan termasuk memotong bekalan kuasa di Palestin hingga wilayah itu kekurangan bekalan elektrik dan bergelap.

Walaupun Palestin telah menghadapi serangan tentera Zionis sejak tahun 1948 lagi, masih ramai yang berpihak kepada Israel, termasuk individu-individu berpengaruh seperti selebriti dan ahli politik.

Salah seorang individu yang memberikan sokongan kuat terhadap Israel adalah pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak Wonder Woman, Gal Gadot.

Melalui Instagram miliknya, Gadot yang dilahirkan di Petah Tikva, Israel jelas berpihak kepada negara haram itu apabila tampil dengan beberapa hantaran menunjukkan sokongannya.


Artis Malaysia Sokong Gal Gadot?

Sebelum ini, seorang artis tempatan, Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam atau lebih mesra dikenali sebagai Meerqeen, berhadapan serangan orang ramai kerana mempertahankan tindakannya bergambar bersama Gal Gadot.

Meerqeen berkata bahawa sesiapa sahaja akan mengambil gambar bersama aktres itu jika berjumpa dengannya.

Baca Artikel Berkaitan: Serangan Di Gaza: Netizen Pertikai Gambar Lama Meerqeen Bersama Pro-Israel, Gal Gadot

Kini, kecoh pula seorang artis tempatan lain yang seolah-olah menunjukkan sokongan terhadap Gal Gadot dan Israel secara tidak langsung.

Dikongsikan oleh seorang pengguna laman X (@arfdy12), Raja Ilya atau nama penuhnya Raja Rumilah Begum Raja Mohammad, dilihat mengucapkan “Stay safe” pada Gadot di satu hantaran Instagram selebriti kelahiran Israel itu.

Di dalam hantaran tersebut, Gadot mendakwa sekurang-kurangnya 250 penduduk Israel telah dibunuh serta ramai wanita, kanak-kanak dan orang tua ditahan di Gaza oleh tentera Hamas.

Dia juga berkata Hamas telah memasuki Israel dan mengawal pangkalannya serta penempatan penduduk.


Netizen Berang Dengan Tindakan Raja Ilya

Akibat ucapannya pada Gadot, ruangan komen di akaun Instagram Ilya kini dipenuhi kritikan daripada rakyat Malaysia.

Mereka rata-rata kelihatan kecewa dengan tindakan Ilya yang seolah-olah menunjukkan sokongan terhadap negara haram Israel.

Malah, seorang pengguna Instagram turut mengingatkan bahawa Gadot bukan sahaja menyokong Zionis, tetapi pernah berkhidmat dalam Israel Defense Force (IDF).

Dalam masa yang sama, beberapa individu berkata tiada keperluan untuk memberi ucapan sedemikian kepada Gadot kerana dia tidak menetap di Israel.


Raja Ilya Kata Orang Ramai Buruk Sangka

Namun Ilya tampil mempertahankan dirinya. Menjenguk kepada ‘story’ Instagram Raja Ilya (@rajailya), dia berkata orang ramai hanya bersangka buruk dengan ucapan yang dilakukannya.

Hantaran di Instagram Story Raja Ilya.

Malah, dia turut membuat hantaran satu gambar ros putih yang menurut netizen membawa makna sama ada tidak bersalah atau ‘selamat tinggal’.

Menerusi temu bual bersama pihak Berita Harian, Ilya menafikan ucapannya sebagai tanda sokongan terhadap Israel.

Sebaliknya dia berkata bahawa ucapan itu dilakukan atas dasar keprihatinan terhadap keselamatan Gadot dan anak-anak.

“Tak kiralah sama ada orang Israel atau Palestin. Saya sedih bila ramai ibu dan kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban akibat peperangan.”

Pelakon, Raja Ilya.

Baca Artikel BerkaitanPertempuran Di Palestin Cetus Pelbagai Reaksi Pemimpin Dunia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Masjid Di Palestin Hasil Sumbangan Rakyat Malaysia Musnah Gara-gara Serangan Bom

Sumber: X @arfdy12 | Berita Harian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.