
“Kena Pancit & Calar”- Kereta Alza Budak IPT Kena Pedajal, Netizen Syak Angkara Dendam Pelajar Lain [Video]
Menurut salah seorang pengguna TikTok, dia mendakwa kereta tersebut adalah milik seorang pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di univerisiti berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Berdendam merupakan antara sifat yang tidak sepatutnya dimiliki oleh setiap orang kerana ia boleh membawa kepada kesan buruk.
Jika seseorang itu menyimpan dendam terhadap individu lain atas sebab tertentu, pasti timbul niat jahat untuk membalas dendam.
Oleh sebab itu, kita haruslah menjadi seorang yang pemaaf atau tidak menyimpan dendam terhadap orang lain dengan selalu berzikir dan beristighfar mengingati Allah untuk menenangkan hati.
Kereta sedang parkir pancit keempat-empat tayar
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial sebuah kereta yang sedang diparkir mengalami kerosakan kecil dipercayai angkara perbuatan khianat berpunca daripada dendam.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @syaafffff, kelihatan keempat-empat tayar sebuah kereta jenis Perodua Alza model baharu berada dalam keadaan pancit.
Kesan calar memanjang di bahagian kiri dan kanan kereta
Tidak hanya itu, turut kelihatan kesan calar memanjang di bahagian kiri dan kanan kereta berkenaan dipercayai kerana digores oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
“Kesian weh, stay strong owner (pemilik kereta),” tulis pemilik akaun itu di kapsyen.
Difahamkan, kejadian terbabit berlaku di kawasan tempat letak kenderaan pelajar di sebuah Universiti Awam di Selangor.
@syaafffff Kesian weh😮💨 stay strong owner #xyzbca #fypシ #fypage
♬ bunyi asal – haa – haa
Kereta dipercayai milik seorang pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal
Menurut salah seorang pengguna TikTok, dia mendakwa kereta tersebut adalah milik seorang pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal di universiti berkenaan.
Malah dia turut meminta agar sesiapa yang mengenali si pelaku agar segera memberi maklumat kepada dirinya.

Netizen kecam perbuatan si pelaku
Memindai di ruangan komen, rata-rata netizen pula percaya bahawa perbuatan khianat itu dilakukan oleh seseorang dengan motif dendam.
Mereka turut menzahirkan perasaan simpati dan kesian terhadap pemilik kereta kerana harus menanggung kerugian yang dialami selain berharap agar si pelaku berjaya ditangkap.


