fbpx
Now Reading
“Tuan Rumah Tak Berperikemanusiaan” – Penyewa Dedah Pengalaman Buruk Sewa Rumah Selama 2 Bulan

“Tuan Rumah Tak Berperikemanusiaan” – Penyewa Dedah Pengalaman Buruk Sewa Rumah Selama 2 Bulan

Suhaila turut mendedahkan tuan rumah berkenaan sering berkunjung dan masuk ke dalam rumah sesuka hati.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi yang sudah bekerja atau baru membina keluarga namun belum mempunyai kediaman sendiri pasti akan mencari rumah sewa sebagai tempat tinggal.

Bukan hanya kerana harga yang jauh lebih murah tetapi ramai memilih untuk menyewa sementara mengumpul wang untuk membeli rumah.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir tingkah laku tuan rumah yang kadang kala agak menjengkelkan sehingga membuatkan penyewa berang dengan perangai mereka.

Kongsi pengalaman sewa rumah

Perkara ini samalah seperti apa yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Suhaila Saad yang kongsi pengalamannya ketika menyewa di sebuah rumah dipercayai di Jitra, Kedah.

Pada beberapa hari lalu Suhaila telah memuat naik satu tangkap layar memaparkan iklan rumah sewa di Kampung Pulau Timbul, Tunjang yang menawarkan rumah sewa yang murah iaitu RM350 sebulan.

Selain itu, bakal penyewa hanya perlu membayar deposit air dan letrik sebanyak RM200 dan RM350 bagi deposit rumah.

Dilengkapi dengan barang asas untuk keperluan rumah

Menerusi iklan yang dikongsikannya di grup Facebook Saya Orang Jitra (SOJ2) rumah jenis ‘rumah kampung’ ini turut dilengkapi dengan barangan asas seperti peti ais, televisyen dan juga gas (memasak) selain mempunya dua bilik tidur dan dua bilik air.

Bukan hanya itu, di dalam iklan itu turut menyatakan kepada bakal penyewa mereka tidak perlu membawa barangan yang banyak seolah-oleh memberi bayangan rumah itu sudah lengkap.

Namun Suhaila yang merupakan bekas penyewa di rumah sama selama dua bulan meminta orang ramai yang memasang niat untuk menyewa rumah berkenaan untuk berfikir masak-masak sebelum berpindah masuk.

“Saya nasihatkan sesiapa yang nak menyewa disini fikirlah masak-masak, buat solat istikarah. Ini kerana ramai lagi penyewa sebelum saya, hanya sewa selama sebulan je (di rumah terbabit).

“Cuba fikir kenapa orang sewa dalam tempoh singkat? Serius penat sewa dua bulan, baru habis bawa barang dari rumah lama tapi terpaksa angkut semula ke tempat lain,” ujarnya.

Tuan rumah buruk-burukan penyewa lama

Malah dia turut menyifatkan tuan rumah itu tidak berperikemanusiaan selain turut memburukkan penyewa sebelum ini dengan mengatakan invididu berkenaan ‘taik dadah’.

Dakwanya tuan rumah tersebut hanya berniat untuk mengambil wang deposit penyewa secara ‘halus’ iaitu dengan tidak memulangkan deposit sebaik menghalau penyewa-penyewa sebelum ini.

Menurutnya ketika masuk ke rumah terbabit tuan rumah itu tidak memberitahu sebarang syarat mengenai rumai berkenaan namun sebaik sahaja Suhaila bersetuju untuk menyewa dia kemudian memberikan surat perjanjian menerusi WhatsApp sahaja.

Tuan rumah tinggalkan banyak barangan miliknya dan masuk rumah sesuka hati

Dakwanya lagi, ketika berpindah ke rumah berkenaan tuan rumah turut meninggalkan barangan perniagaan mereka di dalam rumah seperti dapur, meja, kerusi, pinggan mangkuk serta banyak lagi.

Malah mereka turut tidak mengendahkan permintaan Suhaila agar barangan itu dialihkan.

Lebih mengejutkan wanita itu mendakwa tuan rumah juga sering berkunjung dan masuk ke dalam rumah sesuka hati sehingga membuatkan suami Suhaila berang.

Suhaila turut dimarahi tuan rumah kerana mengalihkan barangan di dalam rumah berkenaan selain mengatakan wanita itu tidak memahami konsep rumah sewa apabila membawa banyak barangannya semasa berpindah.

“Satu hari saya WhatsApp tapi saya malas nak jawab sebab dia suka nak cari pasal. Kalau saya tak jawab dia pergi hubungi mak angkat saya, dia kata macam-macam pasal saya.

“Satu hari saya WhatsApp dia sebab rumah dia ada masalah semut yang sangat-sangat banyak kot lah dia nak bagi tebang pokok kat tepi rumah tu. Tapi lepas saya WhatsApp tu terus dia halau saya keluar rumah. Saya kata boleh tapi bayar balik deposit tapi dia tak mahu bayar.”

Tuan rumah ugut nak heret ke mahkamah kerana wanita langgar perjanjian

Tuan rumah itu turut mahu mengheretnya ke mahkamah kerana telah melanggar perjanjian walhal di dalam perjanjian itu tiada tertera sebarang syarat tidak boleh ubah perabot atau tidak boleh bawa barangan sendiri.

Dia kemudian mengambil keputasan untuk membuat laporan polis.

“Polis call cakap dengan dia tapi dia tak percaya yang itu polis, dia cakap kurang ajar sangat dengan polis. Polis tu pun cakap dekat saya orang macam ni memang kita kena ajar.

“Dia bagi saya tempoh untuk keluar sekian-sekian tarikh. Tapi tak samapi tempoh tu lagi hari-hari dia WhatsApp dekat saya macam-macam seperti ‘cepat keluar, muka tak malu, jangan tinggal satu kesan calar, jangan tinggal sisa, pastikan bersih macam baru masuk, kalau hebat keluar cepat’ inilah antara ayat yang dia berikan kepada saya hari-hari.

“Bab rumah bersih tu pula, saya masuk memang rumah tu kotor sangat dengan tahi tikus tahi cicak, penuh satu rumah, dapur lagilah geli saya nak masak. Saya, suami dan kakak yang cuci satu rumah.”

Menerusi semakan kami, dipercayai hantaran tersebut telah dipadam daripada grup Facebook, Saya Orang Jitra 2 (SOJ2).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.