fbpx
Now Reading
Eric Nam Batal World Tour Di Malaysia Gara-gara Terima Ugutan Lepas Like Posting Sokong Israel

Eric Nam Batal World Tour Di Malaysia Gara-gara Terima Ugutan Lepas Like Posting Sokong Israel

Eric berkata pembatalan konsert di Malaysia adalah kerana dia menerima banyak ugutan selepas ‘like’ hantaran berunsur sokongan kepada penduduk Israel yang terkesan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penyanyi terkenal Korea, Eric Nam sebelum ini telah mengumumkan khabar berita gembira buat peminatnya di Malaysia iaitu dia bakal mengadakan world tour House On A Hill di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Februari akan datang.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, para peminat berasa teruja dan tidak sabar menunggu kedatangannya ke negara ini.

Namun, lain pula yang terjadi apabila baru-baru ini Eric telah membatalkan konsert tersebut.


Malaysia Tidak Lagi Tersenarai Dalam World Tour House On A Hill

Pada 27 Oktober lalu, Eric telah memuat naik semula hantaran di laman Instagram miliknya (@ericnam) mengenai world tour bersama lokasi dan tarikh konsert bakal dijalankan.

Namun, negara Malaysia dilihat tidak lagi tersenarai dalam world tour yang telah dijadualkan pada tahun hadapan.

Lokasi di serata Asia yang tersenarai dalam world tour House On A Hill itu adalah Bangkok, Singapura, Taipei, Seoul dan Tokyo.

This image has an empty alt attribute; its file name is WhatsApp-Image-2023-10-31-at-10.28.56_39f9e115.jpg
Sumber: Instagram (@ericnam)

Eric Nam ‘Like’ Hantaran Berunsur Sokongan Terhadap Israel

Sebelum ini, Eric telah menimbulkan satu kontroversi dalam kalangan orang ramai apabila dia telah ‘like’ satu hantaran di laman Instagram (@jordancbrown_) yang menunjukkan sokongan terhadap penduduk Israel.

Menerusi perkongsian tersebut, Jordan C Brown berkata bahawa Hamas adalah organisasi pengganas yang telah menyerang rakyat di darat, udara dan laut.

“Gambar penculikan penduduk Israel sangat dasyat dan mengejutkan,” tambah Jordan C Brown.

Sumber: Instagram (@jordancbrown_)

Netizen Beri Pelbagai Reaksi Terhadap Situasi Yang Berlaku

Susulan perkongsian itu, orang ramai telah memberikan pelbagai reaksi berbeza tentang situasi yang sedang berlaku.

Walaupun ada yang berasa sedih, namun ramai warganet dilihat tidak bersetuju dengan cara penyanyi tersebut membatalkan konsertnya di Malaysia tanpa pengumuman rasmi daripada pihak agensi atau penyanyi itu sendiri.

Menjengah ke media sosial milik Eric, orang ramai telah meninggalkan banyak komen berunsur kecaman terhadapnya.

Ada yang berkata bahawa dia kelihatan seperti sedang berpura-pura tiada apa yang sedang berlaku.

“Sangat kecewa dengan Eric,” kata seorang netizen.

Sementara itu, ramai juga netizen yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana telah menyokong Israel dalam peperangan yang terjadi pada ketika ini.

Bukan itu sahaja, peminat dari Malaysia juga ada yang dilihat berterima kasih kepadanya kerana telah mengeluarkan negara tersebut daripada senarai yang baru.

“Terima kasih kerana tidak masukkan Malaysia dalam senarai world tour. Kami tidak akan menerima orang seperti anda,” kata seorang warganet.

Sumber: Instagram (@ericnam)

Eric Nam Perjelas Sebab Batalkan Konsert Di Malaysia

Membalas kepada pertanyaan dan kecaman orang ramai terhadap pembatalan konsert secara tiba-tiba, Eric menerusi perkongsian di laman X (Twitter @ericnamofficial) telah menjelaskan tentang perkara yang berlaku.

Menurutnya, dia telah ‘like’ satu perkongsian yang dikatakan bersuara tentang pendirian anti-keganasan, anti-kebencian dan menentang sikap tidak bertoleransi.

“Like saya terhadap posting itu adalah reaksi terhadap berita yang menduka citakan sebagai seseorang yang sentiasa pro-manusia, pro-keamanan, dan cinta kepada kesaksamaan untuk semua,” tambahnya lagi.

Susulan tindakannya itu, Eric berkata dia telah menerima banyak ugutan berkaitan konsert yang dijadualkan di Kuala Lumpur.

“Sebagai langkah berjaga-jaga untuk pasukan dan peminat, saya membuat keputusan yang sukar untuk membatalkan konsert itu,” kata Eric.

Dalam pada itu, Eric turut meluahkan rasa sedih terhadap rakyat Palestin dan Israel yang sedang dalam kesengsaraan dan kehilangan ahli keluarga tercinta.

Sumber: X (Twitter @ericnamofficial)

Baca Artikel Berkaitan: Syamimia Dikecam Teruk, Gara-gara Tak Nak Ulas Isu Palestin Di Platform Media Sosialnya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Serangan Di Gaza: Netizen Pertikai Gambar Lama Meerqeen Bersama Pro-Israel, Gal Gadot

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.