fbpx
Now Reading
Syamimia Dikecam Teruk, Gara-gara Tak Nak Ulas Isu Palestin Di Platform Media Sosialnya [Video]

Syamimia Dikecam Teruk, Gara-gara Tak Nak Ulas Isu Palestin Di Platform Media Sosialnya [Video]

Menurut influencer TikTok itu, pada ketika ini dia ingin memberi lebih tumpuan kepada keluarganya dengan membantu dari segi kewangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, konflik yang melanda Palestin dan Israel pada ketika ini masih lagi berlanjutan dengan kedua-dua pihak saling membalas serangan.

Kisah mengenai peperangan di Timur Tengah ini turut mendapat liputan seluruh dunia sehingga ada segelintir selebriti dan pempengaruh sanggup menunjukkan sokongan mereka terhadap Palestin dengan bersolidariti bersama.

Pun begitu, ada juga yang memilih untuk berdiam diri dan tidak menyatakan sokongan mereka terhadap Palestin di media sosial.

Influencer TikTok dikecam gara-gara enggan ulas isu Palestin di media sosialnya

Seperti baru-baru ini, seorang influencer media sosial yang dikenali sebagai Nur Syamimia telah dikecam netizen gara-gara enggan menggunakan platform media sosial miliknya untuk menyebarkan sokongan terhadap Palestin.

Ia susulan pempengaruh itu memuat naik video penjelasannya bagi menjawab komen seorang pengikut yang meminta dia menggunakan platform media sosialnya untuk menyatakan solidariti terhadap Palestin.

Faktor usia dan pengalaman jadi sebab mengapa tidak begitu kongsi atau ulas isu Palestin

Menurut Syamimia, faktor usia dan pengalaman yang ditimbanya daripada persekitaran di sekeliling menjadi sebab mengapa dia tidak begitu mengulas atau berkongsi mengenai isu Palestin ini.

“Tidak kongsi bukan bermaksud tidak ambil tahu, jahil, tidak sayang. Kita semua ada rahsia, Tuhan sahaja yang tahu. Sedangkan kita pun tak kenal diri kita siapa, Allah lebih kenal kita,” katanya.

Ingin beri sumbangan seperti pempengaruh lain tapi kini lebih fokus kepada keluarga

Menurutnya lagi, dia ingin menjadi seperti pempengaruh lain yang memberi sumbangan terhadap Palestin, namun pada saat ini apa yang boleh dilakukannya adalah berdoa.

Ujarnya, pada ketika ini juga dia ingin memberi lebih tumpuan kepada keluarganya dengan membantu dari segi kewangan.

“Kalau saya berada di peringat yang betul-betul besar, saya pun tak segan silu untuk memberi sedikit sumbangan.”

Nur Syamimia

Syamimia dakwa tidak pernah beri kenyataan tidak sokong Palestin

Jelasnya lagi, dia juga tidak pernah memberi kenyataan bahawa tidak menyokong Palestin. Sebaliknya Syamimia memberi pesanan kepada semua orang agar buat sesuatu perkara baik itu secara menyeluruh bukan di negara Palestin sahaja.

“Contohnya dengan adik beradik, ibu bapa. Begitu juga dengan orang asing, kalau tak dapat sumbang apa-apa pun, sumbanglah doa.

“Hormati sesiapa sahaja dari segi latar belakang dia punya agama, bangsa tapi orang taknak peduli. Orang cakap kita kena ‘protect’ agama Islam kita, sedangkan orang bukan Islam pun menyatakan sokongan terhadap Palestin,” ujar Syamimia.

Di akhir perkongsian, Syamimia turut menyatakan perasan sayangnya terhadap saudara-saudara di Palestin yang sedang diperlakukan dengan kejam oleh rejim Zionis Laknatullah.

Netizen tetap kecam lepas Syamimia beri penjelasan

Meskipun telah memberi penjelasan panjang lebar, Syamimia tetap menerima pelbagai kecaman kerana didakwa tidak berani berkongsi mengenai isu Palestin. Ada yang mendakwa mungkin dia takut akaun media sosialnya disekat.

Tidak hanya itu, netizen turut mendakwa penjelasan yang diberikan oleh pempengaruh itu tidak begitu jelas dan sukar difahami.

Terdahulu, kisah Syamimia mula tular selepas dia dikecam hebat segelintir netizen hanya kerana mempunyai barangan mewah namun menetap di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.