fbpx

Rakyat Malaysia Didakwa Ditahan Di Penjara Saudi Selepas Kritik Dasar Arab Saudi Di Media Sosial

Di dalam ciapan yang tular, Saifuddin menyifatkan rakyat negara itu sedang berdepan kejutan budaya (culture shock) dan baru mengetahui apa itu dunia hiburan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://twitter.com/addien90s/status/1721389418756690281

Seorang rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Arab Saudi dipercayai telah ditahan oleh pihak berkuasa negara tersebut kerana mengkritik dasar negara itu secara terbuka di media sosial.

Penahanan lelaki tersebut yang benama Saifuddin Amri dikongsikan oleh pendakwah, Ustaz Addien menerusi satu ciapan di aplikasi X (Twitter).

Menurut Addien, beliau mendapat maklumat tersebut dari keluarga lelaki berkenaan yang menghubunginya.

Sehubungan itu beliau menyeru kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir agar memberikan bantuan rundingan kepada lelaki berkenaan.

“Saifuddin Amri, rakyat Malaysia kita ditahan/dipenjara di Arab Saudi sekarang. Mohon bantuan kerajaan untuk berunding atau bantu apa yang patut.

“Setidaknya bawa pulang beliau sekeluarga dengan selamat. Tolong Anwar, Wisma Putra dan Zambry (Kadir),” ciap Addien.

Tambah pendakwah itu lagi, lelaki berkenaan berseorangan di Arab Saudi manakala keluarganya berada di Malaysia.

Netizen dakwa ada kaitan dengan ciapan kritik kerajaan Saudi

Meskipun tiada penjelasan lanjut, seorang pengguna X mendakwa penahanan tersebut ada kaitan dengan satu ciapan terdahulu Saifuddin yang dikatakan mengritik kerajaan Arab Saudi.

Di dalam ciapan tersebut, Saifuddin yang merupakan seorang pakar IT dan menetap di Arab Saudi menyifatkan rakyat negara itu sedang berdepan kejutan budaya (culture shock) dan baru mengetahui apa itu dunia hiburan.

Selain mengaitkan Arab Saudi dengan isu dunia akhir zaman, dia turut mendakwa terdapat aktiviti pelacuran dan penjualan arak secara tersorok di pasaran gelap di negara itu.

Bukan itu sahaja, dia turut mendakwa kebanyakan pendakwah di negara itu merupakan golongan Madkhalis yakni taat kepada pemerintah tanpa mengira ia adil atau zalim, baik atau buruk.

Malah ada juga netizen mendakwa lelaki tersebut turut diberhentikan perkhidmatannya dek terlalu lantang bersuara dan mengkritik dasar pemerintahan kerajaan Arab Saudi di media sosial.

Semakan kami mendapati akaun milik Saifuddin sudahpun dinyahaktif. Namun setakat ini tiada sebarang info atau pengesahan yang dilakukan Wisma Putra atau Menteri Luar Negeri.

Sebagai info, Arab Saudi turut dikenali sebagai negara yang melarang keras mana-mana individu dari mengkritik dasar kepimpinan kerajaan.

Malah perbuatan tersebut boleh menyebabkan mereka dikenakan pelbagai tindakan antaranya penjara.

Antara individu yang dikenakan hukuman adalah pendakwah dan bekas imam Masjidil Haram Sheikh Saleh Al Talib selepas beliau didakwa menyampaikan khutbah yang mengkritik dan mengecam konsert serta acara hiburan di negara itu pada tahun 2018.

Saleh Al Talib kemudiannya dipenjara selama 10 tahun selepas Mahkamah Rayuan Jenayah Khas di Riyadh membatalkan pembebasan Sheikh Saleh Mohammed al-Talib pada tahun 2022.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.