Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Ibu bapa atau penjaga yang mengambil murid pulang dari sekolah, pasti akan dapat melihat pelbagai gelagat dan ragam yang kadang-kala menghiburkan hati.
Kebiasaanya para pelajar ini akan pulang daripada sekolah dengan hanya membawa bag atau jajan bersama rakan-rakan yang lain.
Tular telatah dua pelajar bawa ‘skeleton’ dari sekolah naik motosikal
Pun begitu, lain pula dengan telatah dua orang pelajar sekolah menengah ini apabila tular rakaman mereka membawa satu model rangka manusia dengan menaiki motosikal hingga mencuri tumpuan ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @norasuahni, kelihatan salah seorang pelajar wanita sedang memeluk ‘skeleton’ sambil berjalan bersama rakannya di hadapan perhentian bas berdekatan sekolah menengah terbabit.
Naik motosikal siap letak ‘skeleton’ di tengah
Dalam video sama, mereka kemudian dilihat menaiki motosikal sambil meletakan rangka berkenaan di tengah-tengah antara penunggang dan pembonceng.
Pemilik akaun yang juga perakam menyatakan dia berasa terhibur melihat gelagat pelajar-pelajar perempuan itu membawa rangka manusia menaiki motosikal.
“Skeleton balik sekolah naik motor, sorry dik akak terhibur masa ambil anak sekolah,” tulisnya di kapsyen.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan ke manakah model rangka manusia itu akan di bawa dan daripada manakah ia diambil.
Kebiasaannya, model rangka manusia ini digunakan untuk projek sains dan sentiasa dipamerkan di dalam makmal sekolah.
Netizen tak kering gusi tengok pelajar sekolah angkut ‘skeleton’ naik motor
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yang lain turut tidak kering gusi melihat tindakan pelajar perempuan itu yang menaiki motosikal sambil membawa rangka manusia.
Malah ada yang berseloroh dengan mengatakan rangka juga tidak selamat pada ketika ini selain bergurau bahawa ‘skeleton itu ingin healing’.