Hukum Orang Islam Pergi Ke Tempat Ada Arak? Ini Penjelasan Dr. Zulkifli
Menurutnya, Islam tidak pernah menghalang wacana ilmu (intellectual discourse) tetapi syarat asasnya adalah faham permasalahan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Orang Islam diingatkan untuk tidak menghadiri pub, kelab malam, dan seumpamanya walau apa pun kerana ia perkara yang haram pada zatnya.
Perkara tersebut dijelaskan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi hantaran di akaun X (Twitter) miliknya susulan isu majlis ilmu diadakan di pub.
“Sabda Rasulullah SAW: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, jangan ‘duduk’ pada hidangan di mana arak dihidangkan.
“Untuk penjelasan, secara asasnya, hotel adalah tempat untuk menginap dan bermalam. Ia berbeza dengan pub dan kelab malam kerana itu sememangnya tempat minum arak,” katanya.
Individu tanya fungsi hotel jika umat Islam tidak dizinkan untuk berada di tempat ada arak
Beliau berkata demikian bagi menjawab persoalan yang diajukan seorang individu berhubung isu fungsi kewujudan hotel di Malaysia sekirannya umat Islam tidak diberikan izin untuk berada di tempat yang mengandungi minuman arak.
”Hotel adalah muharramat al-wasa’il. Maka, harus hukumnya kerana ada hajat. Asalkan tak bercampur dengan apa-apa majlis khusus yg dihidangkan arak, jika mampu.
”Manakala, pub, disko, kelab malam itu muharramat al-maqasid. Jelas di situ merupakan tempat yang dihidangkan arak dengan bebas, termasuk pelbagai aktiviti yang mungkin tidak selari dengan adab Muslim.
Islam tidak pernah halang wacana ilmu (intellectual discourse)
Menurutnya, Islam tidak pernah menghalang wacana ilmu (intellectual discourse) tetapi syarat asasnya adalah faham permasalahan itu.
“Tidak ada walaupun satu kerugian jika sepanjang belajar di luar negara, seorang Muslim memilih untuk tidak pergi ke tempat sebegitu. Terlalu banyak tempat lain yang boleh anda pilih untuk berhibur dan bersosial bersama-sama rakan bukan Muslim,” katanya lagi.
Soalan yang baik. Saya berpandangan, saudari ada sedikit salah faham.
— Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri (@drzul_albakri) November 29, 2023
1. Sabda Rasulullah SAW:
من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجلس على مائدة يدار عليها الخمر
Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, jangan DUDUK pada hidangan di mana arak dihidangkan.
Ini… https://t.co/V5nEeBWR6R
Kecoh isu pelajar Malaysia di UK tegur jemputan after-party di kelab malam libatkan orang Islam
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) menegur berkenaan jemputan ‘after-party’ di sebuah kelab malam berdekatan yang dianjurkan oleh Malaysian Society (MSOC) selepas tamat acara MGames yang turut melibatkan penganut agama Islam.
Video tersebut yang sohor di media sosial telah menimbulkan berdebatan dalam kalangan rakyat Malaysia berhubung kenyataan pelajar terbabit.