Tesla Cybertruck Selamba ‘Tapau’ Porsche 911 Dalam Perlumbaan Drag, Siap Tow Kereta Model Sama [Video]
Mengikut rekod yang dicatatkan, kelajuan Tesla Cybertruck itu dari kosong ke 60mph (mile/hour) hanyalah mengambil masa selama 2.6 saat sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, Tesla merupakan antara jenama automotif bagi kenderaan Electric Vehicle (EV) yang paling popular di serata dunia.
Tesla juga begitu mendapat tempat di hati para peminat EV di Malaysia sehingga syarikat milik billionaire, Elon Musk itu mula membuka Pusat Tesla dan diikuti pusat servis pertama di Malaysia yang terletak di Cyberjaya pada tahun ini.
Baca Artikel Berkaitan: Tesla Model Y Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Harga Bermula Dari RM199,000
Selain memperkenalkan barisan keretanya yang terdiri daripada jenis sedan dan SUV seperti Tesla Model 3, Model S, Model X dan Model Y.
Tesla juga ingin memasuki pasaran baharu dengan memperkenalkan Cybertruck iaitu kenderaan jenis pikap yang sudah dilancarkan di Eropah.
Tular video perlumbaan drag Tesla Cybertruck dengan kereta sport terkenal
Dalam pada itu, tular pula video Tesla Cybertruck ini yang melakukan perlumbaan drag dengan sebuah kereta sport jenama terkenal dunia sehingga mencuri tumpuan ramai.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun X (Twitter) @Tesla, kelihatan sebuah Porsche 911 berwarna hijau sedang berada di sebelah Tesla Cybertruck di atas litar terbabit.
Meskipun Porsche 911 diketahui lebih sporty dan laju, ternyata dengan begitu mudah Tesla Cybertruck dapat menandinginya.
Tesla Cybertruck kalahkan Porsche 911 dalam keadaan menunda 911 yang sama
Apa yang lebih mengejutkan ramai, Tesla Cybertruck itu mengalahkan Porsche 911 dalam perlumbaan drag terbabit dengan menunda sebuah lagi kereta Porsche jenis yang sama di belakangnya.
Mengikut rekod yang dicatatkan, kelajuan Cybertruck itu dari kosong ke 60mph (mile/hour) hanyalah mengambil masa selama 2.6 saat sahaja.
Feat of Strength 3: Cyberbeast (0-60 in 2.6s) pic.twitter.com/q0cK9zb21D
— Tesla (@Tesla) November 30, 2023
Netizen terkejut dengan keupayaan Tesla Cybertruck
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman X terkedu melihat video terbabit selain tidak menyangka Cybertruck itu dapat memecut lebih laju berbanding 911 dalam keadaan menunda kereta yang sama.
Segelintir netizen turut menyifatkan video sebagai satu ‘flex’ yang cuba ditunjukkan oleh Tesla tentang kebolehan dan keupayaan jenteranya.
Sedikit info, Tesla Cybertruck ini sudah dijual di Eropah pada harga bermula US$60,990 (RM285,055), namun pengeluaran kereta terbabit pada ketika ini tidak dilakukan secara besar-besaran seperti model-model sebelumnya.
That towing of 911 was such a flex!
— Everett World (@WorldEverett) November 30, 2023
I've run out of words
— The Cybertruck Guy (@cybrtrkguy) November 30, 2023
It tows the Porshe 911 faster than it can go by itself 😂
— Adrian Dittmann (@AdrianDittmann) November 30, 2023
There is no way! Holding a Porsche itself? Wow I need one of those ….
— Luis Maysonet (@LuisMaysonet86) November 30, 2023