“Hari Terakhir” – Lelaki Tidur Sebelah Jenazah Bapa Buat Ramai Sebak [Video]
Dalam video sama, turut dilihat dua lagi individu dipercayai ahli keluarganya turut berada bersama untuk menemani jenazah bapa mereka buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Saat yang paling sukar untuk dihadapi pastinya ketika kehilangan orang tersayang yang pergi buat selama-lamanya.
Namun, takdir sedemikian akan dihadapi setiap insan dan hanya menunggu waktunya tiba sahaja.
Setiap pertemuan itu pasti akan berakhir dengan perpisahan. Lambat atau cepat, janji Allah SWT itu pasti.
Lelaki ambil peluang terakhir untuk bersama bapa yang sudah meninggal dunia
Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki di Brunei mengambil peluang terakhirnya untuk bersama bapa tercinta yang telah meninggal dunia.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @kayaudiva, kelihatan jenazah bapa kepada lelaki terbabit sedang terbaring di atas tilam sambil ditutupi kain berwarna hijau.
Tidur di sebelah jenazah bapa buat kali terakhir
Lelaki tersebut kemudiannya mengambil bantal dan baring di sebelah jenazah bapanya untuk tidur bersama-sama buat kali terakhir.
Dalam video sama, turut dilihat dua lagi individu dipercayai ahli keluarganya turut berada bersama untuk menemani jenazah bapa mereka buat kali terakhir sebelum dikebumikan.
“Hari terakhir tidur bersama bapa. Selamat jalan pa (bapa), aku rindu,” tulis lelaki itu.
Netizen sebak dan kongsi pengalaman sama dilalui oleh mereka
Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut sebak melihat tindakan keluarga kecil itu yang menemani dan tidur bersama jenazah ayah mereka sebelum dikebumikan.
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga turut berkongsi pengalaman sedih mereka semasa kehilangan orang yang tersayang.
Selain itu, ada juga warganet yang mendoakan agar umur ibu bapa mereka dipanjangkan kerana belum bersedia untuk menghadapi saat kehilangan sebegini.
Salam takziah kami ucapkan kepada saudara @kayaudiva, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.