fbpx

“Next Level Cetak Rompak” – Individu Jual PenDrive Penuh Koleksi Lagu Dikecam, Sudah 22 Ribu Unit Terjual

Difahamkan, bagi setiap PenDrive yang diisi dengan koleksi lagu-lagu itu akan dijual secara online pada harga sekitar RM8.99 dan ke atas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bagi yang menggemari muzik sama ada tempatan mahupun antarabangsa, pasti akan menggunakan platform seperti Apple Music, Spotify atau YouTube untuk mendengar lagu-lagu kegemaran mereka.

Malah, ada yang memuat turun lagu-lagu tersebut untuk didengari secara ‘offline’ tanpa perlu menggunakan internet.

Tular individu jual koleksi lagu secara dalam talian

Bagaimanapun, ada individu yang mengambil kesempatan dengan memuat turun koleksi lagu-lagu Melayu dan antarabangsa untuk dijual secara dalam talian di aplikasi TikTok.

Perkara itu mula mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna laman X (Twitter) @MHaffizJ memuat naik ciapan reaksinya yang terkejut dengan jumlah jualan dan anggaran keuntungan yang diperoleh oleh individu terbabit.

Letak lagu-lagu dalam PenDrive untuk dijual

Individu berkenaan menjual koleksi lagu-lagu yang dimuat turun dan dimasukan ke dalam pemacu pena (PenDrive).

Difahamkan, bagi setiap PenDrive yang diisi dengan koleksi lagu-lagu itu akan dijual pada harga sekitar RM8.99 dan ke atas.

Netizen persoal tindakan individu jual PenDrive sekali dengan lagu-lagu

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mempersoal tindakan individu berkenaan yang menjual PenDrive berserta koleksi lagu di dalamnya.

Ini kerana perbuatan tersebut salah di sisi undang-undang kerana menjual hak cipta sesuatu lagu tanpa membayar royalti kepada penyanyi dan penciptanya.

Malah, mereka turut meminta agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini.

Guna karya berhakcipta tanpa kebenaran satu kesalahan di bawah Akta Hak Cipta 1987

Untuk info, menurut laman web Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sesiapa yang menggunakan mana-mana karya berhakcipta tanpa kebenaran daripada penulis, pemilik hak cipta dan pelaku merupakan satu kesalahan mengikut Akta Hak Cipta 1987.

Di antara perbuatan pelanggaran hakcipta adalah seperti:
  • Pengeluaran semula apa-apa karya berhakcipta dalam apa-apa bentuk bahan melalui tayangan, pertunjukan permainan atau pengedaran kepada orang awam.
  • Pengimportan salinan langgaran karya-karya berhakcipta ke negara Malaysia untuk selain daripada kegunaan persendirian yang dibenarkan.
  • Pembuatan salinan langgaran karya-karya berhakcipta untuk tujuan jualan atau sewaan kepada awam.
  • Penjualan, penyewaan dan pengedaran apa-apa salinan langgaran karya-karya berhakcipta dengan cara perdagangan, mendedahkan dan menawarkan untuk jualan atau sewaan.
  • Memiliki salinan langgaran untuk tujuan perdagangan selain daripada kegunaan persendirian yang dibenarkan.
  • Membuat pameran salinan langgaran karya-karya berhakcipta untuk tujuan perdagangan kepada orang awam;
Berikut merupakan antara komen yang diberikan oleh netizen:
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.