fbpx
Now Reading
Burger Taugeh Keluaran myBurgerLab Sempena Tahun Baru Cina Undang Perhatian

Burger Taugeh Keluaran myBurgerLab Sempena Tahun Baru Cina Undang Perhatian

myBurgerLab telah memperkenalkan dua jenis burger iaitu Taukeh Tso yang tidak mempunyai sayuran taugeh manakala Taukeh Ipoh pula dipenuhi dengan taugeh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa kat sini suka makan taugeh?

Sesetengah orang pantang betul kalau ada taugeh dalam makanan mereka kerana katanya tidak gemar dengan sayuran tersebut.

Tetapi ada pula individu yang menganggap sesuatu hidangan itu tidak lengkap jika tiada taugeh seperti di dalam mi goreng, kuew tiao goreng dan sebagainya.


myBurgerLab Perkenal Burger ‘Sensasi’ Dipenuhi Sayur Taugeh

Selama ini mungkin korang selalu tengok taugeh dalam hidangan bergoreng je kan? Tapi pernah tak tengok sayuran ini dalam hidangan burger? Dengar macam pelik tapi ada ya!

Baru-baru ini, jenama hidangan tempatan iaitu myBurgerLab telah memperkenalkan satu hidangan burger yang dipenuhi dengan sayuran taugeh.

Pada mulanya, myBurgerLab dikatakan menggunakan teknologi ChatGPT untuk memberikan gambaran tentang burger yang mencetuskan kontroversi. Siapa sangka menu yang diberikan adalah burger taugeh.

Bayangkan kena makan burger inti taugeh. Agak-agak tekak korang boleh terima tak?


Netizen Beri Pelbagai Reaksi Lihat Burger Taugeh

Ruangan komen dalam hantaran yang dimuat naik di laman Facebook myBurgerLab telah mencetuskan pelbagai reaksi dari netizen, terutamanya geng-geng yang tak suka taugeh.

Golongan yang tidak gemar dengan sayuran taugeh kebanyakannya melihat hidangan ini sebagai satu ‘jenayah’ kerana dikatakan menganggapnya sebagai keputusan yang tidak sesuai.

“Dia punya salah tu rasa macam letak aiskrim atas hidangan Black Pepper Chicken Chop,” kata netizen.

Katanya sampai ada yang ‘naik angin’ selepas melihat gambar burger taugeh ini.

Sesetengah netizen beranggapan menu itu akan menjadi lebih menarik jika ditambah dengan kepingan daging serta sos dan bukannya diletakkan sebagai menu utama dalam burger.

Walau bagaimanapun, ada sebahagian netizen yang tertarik dengan burger taugeh ini terutamanya yang dibesarkan dalam keluarga yang menggemari sayur.

Malah, ada di antara netizen yang teruja dan tidak sabar-sabar untuk mencuba sendiri burger taugeh ini.

Sumber: Facebook

Bos myBurgerLab Cuba Buat Sendiri Burger Taugeh

Disebabkan burger taugeh ini telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan netizen di media sosial, mereka juga telah mencabar pihak myBurgerLab untuk menjadikan menu dari ChatGPT itu sebagai hidangan sebenar dalam menu mereka.

Menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram myBurgerLab, bos kepada syarikat makanan ini iaitu Chin Ren Yi telah memasak sendiri menu burger taugeh selepas mendapat banyak permintaan dari orang ramai.

Katanya bos myBurgerLab pun tak suka taugeh.

Menu Burger Taugeh Di myBurgerLab

Kalau korang teringin nak rasa macam mana burger ini, boleh cepat-cepat dapatkannya di myBurgerLab bermula dari 22 Januari sehingga 29 Februari 2024 sempena perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini.

Terdapat dua jenis menu yang diperkenalkan iaitu Burger Taukeh Tso dan Burger Taukeh Ipoh.

Sumber: myBurgerLab

Perbezaan kedua-dua menu ini adalah Burger Taukeh Tso tiada taugeh tetapi mempunyai kepingan nenas manakala Burger Taukeh Ipoh pula sesuai untuk penggemar taugeh kerana mempunyai sayuran tersebut dalam inti.

Difahamkan burger ini diinspirasikan dari burger ikonik McDonald’s Prosperity.

So kalau korang nak try rasa, boleh singgah di mana-mana cawangan myBurgerLab.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.