fbpx
Now Reading
“Terima Kasih Atas Penerimaan Yang Baik” – Netizen Luah Rasa Sebak Dengar Ucapan Agong & Pemaisuri [Video]

“Terima Kasih Atas Penerimaan Yang Baik” – Netizen Luah Rasa Sebak Dengar Ucapan Agong & Pemaisuri [Video]

Semasa live stream di Hot FM baru-baru ini, Sultan Abdullah dan Tunku Azizah mengucapkan penghargaan kepada rakyat atas penerimaan yang baik terhadap baginda dan keluarga sepanjang tempoh lima tahun memerintah negara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 17 Januari lalu, orang ramai teruja dengan penampilan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang membaca berita di Buletin TV3.

Rata-rata masyarakat mengambil peluang untuk menonton edisi khas tersebut memandangkan ini penampilan julung kali baginda berdua.

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Tak Sabar Tunggu Penampilan Khas Agong & Permaisuri Baca Berita Di Buletin TV3 Malam Ini

Baca Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Teruja Dapat Hadiah Wang Tunai Dari Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Selepas Beritahu Sedang Hamil


Agong & Pemaisuri Beri Ucapan Kepada Rakyat Semasa Live Di Hot FM

Semasa kunjungan itu, baginda berdua juga tidak terlepas untuk melawat stesen radio Hot FM di Sri Pentas dan bersiaran secara live bersama tiga penyampai radio yang lain iaitu Johan, Farah Fauzana dan AG.

Dalam live stream yang berdurasi kurang daripada 10 minit itu, baginda berdua dilihat ceria dan berseronok dalam sesi temu bual diadakan.

Baginda juga sempat berkongsi pengalaman manis dilalui sepanjang memegang jawatan sebagai Agong. Antara kenangan terindah yang dikongsi adalah apabila baginda berkesempatan menyantuni rakyat semasa lawatan kembara di Borneo.

Sumber: YouTube Hot TV

Namun perkara yang mencuri tumpuan adalah apabila Sultan Abdullah dan Tunku Azizah memberikan ucapan mereka kepada rakyat jelata sebelum tamatnya siaran tersebut.

“Saya nak terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia kerana telah menerima kami berdua serta keluarga untuk memegang tampuk pemerintahan selama lima tahun. Dah sampai masanya untuk kita berundur hujung bulan ini. Syukur alhamdulillah di atas penerimaan yang begitu baik sekali kepada kami sekeluarga,” kata Sultan Abdullah.

Dalam kesempatan itu, Raja Pemaisuri Agong juga tidak terlepas bagi meluahkan perasaan dan harapannya kepada warga Malaysia.

“Semoga kami bedua sentiasa dalam ingatan (rakyat),” kata Tunku Azizah.

@hotfm976_

“Semoga kami berdua sentiasa dalam ingatan…Thank you for the last wonderful 5 years…” – Raja Permaisuri Agong Tunku Aminah Sebak pula bila dengar ucapan Tuanku Agong buat kita semua. Fafau @INIREALFAFAU pun dah nangis dah 🥺! Tapi Tuanku sempat lagi bergurau yaaaa! Menjunjung Kasih Tuanku untuk 5 tahun yang bermakna buat rakyat Malaysia. Semoga Tuanku berdua sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan sentiasa dilindungi ❤️ #HotFM #BekpesHot #YangHangatDanTerbaik #RadioNo1 #KJjadiDJ #YDPA #Agong #istananegara

♬ original sound – Hot FM – Hot FM

Untuk info, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17 menggantikan pangkat Sultan Abdullah. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, pelantikan selama lima (5) tahun itu akan berkuat kuasa pada 31 Januari 2024.

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Sultan Johor Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17


Netizen Luah Rasa Sebak Mendengar Ucapan Baginda Berdua

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa sedih dan sebak selepas mendengar ucapan daripada Agong dan Raja Pemaisuri.

“Saya tak tahu kenapa kali ini pertukaran Agong buat saya rasa sebak sekali. Boleh tak ulang kembali ke lima tahun yang lepas,” kata seorang netizen.

Sumber: Tiktok (@hotfm976_)

Ada juga seorang individu yang berkata disebabkan keperibadian baginda berdua yang terpuji, dia buat pertama kalinya mengenali siapa Agong dan Pemaisuri yang memerintah negara.

“For once, I knew who is the Agong that rules Malaysia. Tuanku anda Pemaisuri will always be in our deepest sweet memories,” ujar seorang gadis.

Sumber: Tiktok (@hotfm976_)

Sementara itu, ada juga yang sempat menitipkan doa untuk kesejateraan pemerintah negara yang telah banyak berjasa.

“Agong yang paling best. Sempoi, humble dan mesra rakyat sepanjang aku hidup ini. Semoga dipanjangkan umur Tuanku berdua dan bahagianya selamanya,” jelas seorang lelaki.

Sumber: Tiktok (@hotfm976_)

Perwatakan terpuji dan ‘humble’ Agong dan Pemaisuri selama lima tahun pemerintahan sememangnya disenangi rakyat tempatan.

Kami dari team BuzzKini menzahirkan ucapan terima kasih atas jasa dilimpahkan baginda berdua dan berharap agar umur Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan kebahagiaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.