fbpx
Now Reading
5,000 Ibu Bapa Di Amerika Syarikat Saman TikTok, Dakwa Beri Pengaruh Buruk Pada Anak

5,000 Ibu Bapa Di Amerika Syarikat Saman TikTok, Dakwa Beri Pengaruh Buruk Pada Anak

Tuntutan saman terhadap TikTok itu telah dibuat menerusi sebuah badan perlindungan pengguna iaitu ClaimsHero yang mewakili para ibu bapa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Laman sosial TikTok yang berbentuk video kini sudah menjadi pilihan ramai pengguna media sosial.

Malah platform ini telah digunakan secara meluas oleh setiap lapisan masyarakat termasuklah warga emas dan juga kanak-kanak.

Bukan hanya itu, mereka juga turut mengikuti trend terkini seperti tarian dan cabaran.

5,000 ibu bapa saman Amerika Syarikat

Terbaharu, seramai 5,000 ibu bapa di Amerika Syarikat telah mengambil tindakan undang-undang terhadap TikTok kerana didakwa memberi kesan buruk kepada anak mereka.

ClaimsHero yang merupakan satu badan yang melindungi pengguna telah mewakili para ibu bapa untuk menyaman TikTok.

Pada 2023 lalu, platform media sosial berkenaan telah melakukan satu perjanjian di mana plaintif hanya dibenarkan untuk memfailkan saman selepas setahun akaun tersebut dibuka.

Algorithm menunjukkan keganasan seksual dan kandungan bunuh diri

Perbadanan tersebut menerusi laman sesawangnya mendakwa ibu bapa layak untuk membuat tuntutan sehinga AS$10,000 dengan “menyifatkan alogoritma telah menunjukkan keganasan, seksual termasuklah kandungan bunuh diri yang menyasarkan kanak-kanak semuda 12 tahun”.

Perkara ini mula menjadi tuntutan selepas terdapat satu kes yang dikongsi oleh seorang wanita, Brittany Edwards apabila dia dimaklumkan rakan bahawa anak perempuannya yang berusia 12 tahun telah berkongsi video memberitahu dia ingin membunuh diri.

“Seseorang perlu bertanggungjawab kepada perkara ini. Pandangan (ClaimsHero) sama seperti saya dari segi bagaimana TikTok membuatkan anak-anak ketagih dengannya,” jelas Edwards, lapor New York Post.

Menurut Pengasas ClaimsHero, Kelvin Good adalah penting ibu bapa atau penjaga mendesak platform berkenaan untuk bertanggungjawab.

“Penting untuk ibu bapa dan penjaga mendesak TikTok agar bertanggungjawab supaya keluarga seperti Brittany dapat menuntut keadilan atas kemudaratan yang berlaku kepada aplikasi yang mengasyikkan itu,” jelas Kelvin Good lapor Dexerto.

Sebelum ini TikTok juga penah berdepan dengan beberapa tuntutan

Pada Julai 2022, TikTok turut berdepan dengan dua tuntutan kematian yang tidak sepatutnya telah dibuat oleh ibu bapa yang prihatin.

Ia susulan daripada kematian kanak-kanak yang menyertai ‘blackout challenge’ yang menjadi tular ketika itu.

Kedua-dua kerajaan Utah dan juga Lowa juga telah mengenakan tindakan undang-undang kepada TikTok yang mendakwa aplikasi tersebut bahaya kepada kanak-kanak selain ‘menipu’ ibu bapa.

Manakala pada Ogos 2022, seorang hakim telah meluluskan penyelesaian sebanyak AS$92 million daripada tuntutan mahkamah bagi tindakan undang-undang yang mengejutkan alam maya pada 2021.

Aplikasi itu telah didakwa ‘melanggar undang-undang persekutuan dan negeri dengan mengumpul dan menggunakan data peribadi tanpa notis mahupun persetujuan plaintif mengenai penggunaannya’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.