fbpx
Now Reading
Lelaki Kongsi POV Stesen Tren Di LA Yang Kotor Buat Ramai Rasa Bersyukur Dengan MRT & LRT Di Malaysia [Video]

Lelaki Kongsi POV Stesen Tren Di LA Yang Kotor Buat Ramai Rasa Bersyukur Dengan MRT & LRT Di Malaysia [Video]

Jelas lelaki itu lagi, suasana di dalam train itu juga berbau busuk dan terdapat beberapa gelandangan (homeless) di dalamnya yang sedang tidur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengangkutan seperti bas, LRT (light rail transit) dan MRT (mass rapid transit) merupakan salah satu daripada kemudahan awam yang disediakan di sesebuah negara termasuk Malaysia.

Pengangkutan awam ini perlulah dijaga dengan baik oleh semua pihak termasuk rakyatnya agar sentiasa bersih dan selesa untuk dinaiki.

Lelaki kongsi keadaan stesen tren di LA yang kotor dan jijik

Pun begitu, baru-baru ini tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan di sebuah stesen tren di Selatan California, Amerika Syarikat (AS) yang kelihatan agak kotor dan menjijikkan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @hamalsiren, lelaki berasal dari Malaysia itu berkongsi pengalamannya menaiki train atau subway dari stesen Los Angeles (LA).

Sampah merata-rata, siap ada yang muntah di stesen

Berdasarkan video terbabit, kelihatan sampah sarap berada di merata-rata tempat, baik di tempat menunggu sehinggalah ke bahagian landasan tren di stesen tersebut.

Lebih menjijikkan, turut kelihatan di dalam video seorang lelaki yang berada dalam keadaan seperti merangkak sedang muntah berhampiran tempat duduk awam stesen terbabit.

Dalam train bau busuk dan ada gelandang tidur

Jelas lelaki itu lagi, suasana di dalam gerabak itu juga berbau busuk dan terdapat beberapa gelandangan (homeless) tidur di dalamnya.

Perkongsian video berkenaan mendapat perhatian ramai dengan jumlah tontonan sebanyak lebih 610,000 dan 35,000 tanda suka di TikTok.

@hamalsiren

POV as a marhaen traveler ke Los Angeles naik Train/subway #LA #losangeles #POV #fyp

♬ original sound – Hamal Siren – Hamal Siren

Netizen rasa jijik, bersyukur dengan keadaan stesen KTM, MRT dan LRT di Malaysia

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa jijik melihat keadaan stesen dan train di kawasan tersebut.

Malah, video terbabit juga sedikit sebanyak telah mengajar mereka untuk lebih bersyukur dengan keadaan pengangkutan awam seperti stesen KTM, MRT dan LRT yang ada di negara ini.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga menyifatkan ia sebagai ‘indah khabar dari rupa’ apabila apa yang digambarkan selama ini di media sosial mengenai suasana di sana adalah berbeza dengan pengalaman yang dilalui sendiri.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.