fbpx
Now Reading
Ramai Pengunjung Tak Perasan Tengku Hassanal Joging Di Taman Tasik Titiwangsa, Siap Lalu Sebelah [Video]

Ramai Pengunjung Tak Perasan Tengku Hassanal Joging Di Taman Tasik Titiwangsa, Siap Lalu Sebelah [Video]

Rata-rata pengunjung yang berada di Taman Tasik Titiwangsa pada waktu itu tidak menyedari akan keberadaan Tengku Hassanal yang sedang berjoging di sana.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain bersukan, aktiviti fizikal seperti berjalan, berjoging atau berbasikal juga sering dilakukan oleh kebanyakan rakyat Malaysia demi menjaga kesihatan.

Susulan itu, terdapat pelbagai kawasan riadah yang menyediakan fasiliti-fasiliti aktiviti fizikal untuk kemudahan orang awam.

Bagi golongan selebriti atau individu-individu penting (VIP) pula, mereka kebiasaannya mempunyai ‘personal trainer’ dan banyak menghabiskan waktu di pusat kecergasaan tertutup yang lebih menjaga privasi.

Wanita terkejut, jumpa Tengku Hassanal di taman awam ketika sedang brisk walk

Pun begitu, baru-baru ini seorang wanita yang sedang berada di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur seakan terkejut apabila terserempak dengan Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @nrndhrhhsnnsr, wanita itu berkata dia berada di sana pada waktu tersebut kerana melakukan ‘brisk walk’.

“Randomnya tengah brisk walk dekat Taman Tasik Titiwangsa, terserempak dengan Tengku Hassanal,” tulisnya di kapsyen.

Tengku Hassanal ‘jog’ sambil ditemani pengawal peribadinya

Dalam video terbabit, kelihatan Tengku Hassanal sedang berjoging sambil memakai topi oren dengan ditemani seorang lelaki yang memakai baju, seluar dan kasut serba hitam dipercayai pengawal peribadinya.

Menariknya, rata-rata pengunjung yang berada di taman itu pada waktu tersebut juga tidak menyedari akan keberadaan Tengku Hassanal di sana.

Selamba jalan main telefon, tak perasan Tengku Hassanal lalu di sebelah

Seorang wanita yang sedang berjalan sambil leka bermain telefon bimbitnya juga tidak menyedari kelibat Tengku Hassanal yang lalu di sebelahnya.

Menurut wanita itu di ruangan komen video, dia sememangnya tidak menyedari kehadiran Tengku Hassanal pada ketika itu.

“Nak save (video) ini please, itu saya yang pakai tudung merah. Kenapa lah saya tak sedar Tengku Hassanal lari di sebelah,” komennya.

@nrndhrhhsnnsr

Randomnya tengah briswalk dekat titiwangsa terserempak dengan Tengku Hassanal 🫶🏻🫶🏻 #tengkuhassanal #agongkita

♬ Mau Dibawa Kemana – Armada

Rupanya ramai yang tak perasan kehadiran Tengku Hassanal di taman itu

Selain itu, rata-rata pengguna media sosial yang berada di kawasan tersebut pada waktu itu turut terkejut kerana tidak menyedari keberadaan anak Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-16 itu.

Tidak hanya itu, ada juga segelintir netizen terutamanya golongan wanita berseloroh mahu berkunjung ke Taman Tasik Titiwangsa dengan lebih kerap agar dapat bertemu dengan Tengku Hassanal.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.