Tular Anjing Bertuan Serang Budak Sekolah Di Seberang Perai [Video]
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dalam satu kenyataan hari ini (31 Januari) memaklumkan pihaknya sedang mengesan anjing berkenaan dan akan mengenakan kompaun kepada pemiliknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam (30 Januari), tular di media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan dua murid perempuan diserang seekor anjing bertuan di sebuah kawasan taman perumahan di Seberang Perai, Pulau Pinang.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mynewshub, kelihatan kanak-kanak itu sedang berjalan kaki di hadapan deretan rumah teres dipercayai ingin menuju ke sekolah.
Anjing bertuan keluar dari rumah terus serang murid sekolah
Bagaimanapun, secara tiba-tiba seekor anjing menerpa keluar daripada sebuah rumah dan terus menyerang salah seorang mangsa.
Dalam video terbabit, kelihatan kanak-kanak itu terjatuh akibat ditarik oleh anjing berkenaan sebelum seorang individu dipercayai pemiliknya datang cuba menghalang haiwan terbabit.
Individu dipercayai pemilik anjing gagal halang haiwan agresif terbabit
Namun, individu berkenaan dilihat gagal menghalang tindakan anjingnya yang terus-menerus cuba menyerang kanak-kanak perempuan itu.
Seorang jiran lelaki cuba membantu menghalau anjing berkenaan dengan menggunakan sebatang kayu sebelum keadaan dilihat kembali terkawal.
Dua video CCTV berdurasi 2 minit dan 1 minit itu turut mendapat perhatian pengguna laman X selepas dikongsikan oleh portal mynewshub. Rata-rata dilihat mengecam pemilik anjing tersebut kerana gagal mengawal tindakan agresif haiwan belaannya itu.
MBSP sedang kesan anjing bertuan agresif berkenaan
Sementara itu, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesahkan pihaknya sedang mengesan anjing berkenaan.
Menurut MBSP, pihaknya telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan di rumah pemilik haiwan itu di Taman Pekatra Indah, Simpang Ampat pada hari yang sama kejadian berlaku iaitu Selasa (30 Januari) selepas menerima laporan.
Pemilik anjing pindah haiwan terbabit ke pusat perlindungan di Butterworth
Bagaimanapun hasil siasatan mendapati anjing terbabit telah dipindahkan oleh pemilik ke pusat perlindungan haiwan di Butterworth.
“MBSP akan melaksanakan siasatan lanjut bagi mendapatkan maklumat terperinci mengenai lokasi sebenar anjing tersebut.
“Tindakan mengeluarkan kompaun (kerana) menyebabkan kacau ganggu di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 kepada pemilik akan diambil,” katanya dipetik Sinar Harian hari ini (31 Januari).
Berikut komen yang diberikan netizen:
The kid parents should sue the dog owner. Bukti cctv pun ada. Nak bela pandai; jaga & kawal your own anjing x pandai. Hope diaorg bwk adik tu pi hospital & check walau xde kecederaan serious sekali pun. If anjing tu ada rabies.. Allahuakbar. Moga baik2 hendaknya.
— 𝐟𝐞𝐞𝐫𝐚 ⟭⟬⁷ (@feeragreen) January 30, 2024
dah tahu bela binatang tu, jangan menyusahkan orang lain.
— ᴊᴇɴɪ (@mhdrzinibrhm) January 30, 2024
please @mbsp_pg
pastikan owner beri bukti suntikan untuk anjing peliharaan dia. sijil vaksin untuk Canine Distemper, Canine Hepatitis & Parvovirus mesti complete dosage. tak pasal dapat RABIES.
berlesen tak tu bela…
1 . Minta dia tanggung kos medical akibat kecederaan.
— AliffShanusi 🆇 (@aliffshanusi) January 30, 2024
2. Minta ganti rugi trauma
3. Minta ganti rugi sivil
Kasi angkut dgn MBSP. Jgn kasi chance. Kalau tak reti nak kontrol anjing tu lain kali jgn bela. Menyusahkan org je.
— أمرلله 🇲🇾🇵🇸 (@amarul89) January 30, 2024