fbpx
Now Reading
Mistik! Cucu Hilang 3 Hari, Rupanya Ada Dalam Timbunan Kain Tak Berlipat [Video]

Mistik! Cucu Hilang 3 Hari, Rupanya Ada Dalam Timbunan Kain Tak Berlipat [Video]

Kanak-kanak itu diceritakan ditemui dalam keadaan yang sangat lemah dan badannya dipenuhi dengan kesan lebam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain manusia, haiwan dan tumbuhan, alam semesta yang diciptakan oleh Allah SWT ini juga dihuni oleh makhluk ghaib seperti jin.

Meskipun ia bukanlah sesuatu yang dapat dilihat dengan mata kasar manusia, akan tetapi kita pasti pernah mendengar tentang tempat-tempat yang gemar diduduki oleh jin terutamanya di dalam hutan atau rumah terbiar.

Bagaimanapun, makhluk halus ini juga gemar berada di kawasan yang dihuni manusia seperti di dalam rumah dan sebagainya.

Kisah pakcik kehilangan cucu secara tiba-tiba selama 3 hari di dalam rumah

Seperti baru-baru ini, seorang influencer wanita menceritakan tentang kisah seorang pakcik yang kehilangan cucunya secara tiba-tiba di dalam rumah selama 3 hari.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok @junaidah_ayuu, wanita itu kemudiannya menceritakan bahawa pakcik terbabit telah pergi bertemu dengan seorang atok untuk meminta pertolongan tentang kejadian itu.

“Macam biasa atok aku ini suka bawa Al-Quran, setibanya di rumah (pakcik), atok terus minta izin untuk masuk ke dalam bilik pakcik itu.

“Bilik itu ada katil tapi bukan bilik tidur, cuma ada katil dan baju di atasnya yang belum berlipat. Atok aku kemudian berdiri di tepi katil lalu membaca doa dan seluk tangan dalam timbunan baju tersebut,” katanya.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Terasa tangan seolah-olah ditarik sesuatu hingga jatuh tersembam

Ketika warga emas terbabit sedang menyeluk tangannya ke dalam timbunan baju itu, ia merasakan seolah-olah seperti ada sesuatu yang memegang dan merentap tangannya sehingga dia jatuh tersembam.

Ceritanya lagi, warga emas itu terus melawan makhluk tersebut dengan membaca Yassin 7 Mubin serta beberapa doa yang lain.

“Tiba-tiba ada sesuatu benda macam terbakar, dia (atok) rasa panas lalu keluar bau hangit. Selesai sahaja semua ayat, atok aku cuba tarik tangan dia perlahan-lahan keluar dan masa ini memang nampak ada satu lagi tangan budak kecik ikut sekali tangan atok aku dari dalam (timbunan kain),” katanya lagi.

Rupanya kanak-kanak yang hilang berada di bawah timbunan baju tak berlibat

Lelaki terbabit kemudiannya dengan segera menarik tangan kanak-kanak terbabit keluar sepenuhnya dan ternyata budak tersebut merupakan individu yang hilang selama ini.

Kanak-kanak itu diceritakan ditemui dalam keadaan yang sangat lemah dan badannya dipenuhi dengan kesan lebam.

Jin suka berada di timbunan kain tak berlibat dan katil yang tidak dikemas

Jelas atok itu, jin suka berada di kawasan timbunan kain atau baju yang tidak berlipat mahupun di susunan pakaian yang terdedah.

Selain itu, katil atau tilam yang tidak dikemaskan juga dikatakan tempat yang gemar diduduki oleh jin, kerana itu kita dinasihatkan untuk mengemas bilik tidur dan menepuk bantal serta tilam terlebih dahulu sebelum tidur.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Kisah yang diceritakan oleh wanita itu dipetik daripada sebuah perkongsian di laman Facebook akaun Tajul Zulkarnain.

Tiada dalil jin suka berada di tempat timbunan kain atau katil yang tak dikemas

Semakan kami mendapati tiada dalil yang menceritakan tentang jin suka berada di tempat timbunan kain yang tidak berlipat atau katil yang tidak dikemas.

Namun, membiarkan longgokan baju dan bilik tidur dalam keadaan bersepah hanya mencerminkan tentang sikap sebenar diri seseorang yang tidak mementingkan soal kecantikan dan kebersihan seperti dititik beratkan di dalam Islam.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.