fbpx

Doktor Keluarkan 150 Larva Pepijat Dari Hidung Lelaki

Menurut pakar ENT berkenaan proses mengeluarkan larva pepijat itu sangat sukar dan rumit kerana ia berbahaya dan boleh menyebabkan maut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Florida, Amerika Syarikat melalui waktu getir apabila doktor menemukan pepijat dalam hidung dan saluran sinusnya.

Lelaki berkenaan sebelum ini merupakan pesakit kanser dan dia awalnya telah mengalami pendarahan hidung serta berasa tidak selesa sejak Oktober lalu.

Awalnya alami muka dan bibir bengkak serta hidung berdarah berterusan

Pada 9 Februari, lelaki berkenaan telah melawat Hospital Memorial HCA di Jacksonville, Florida selepas muka dan bibirnya bengkak selain hidung berdarah secara berterusan.

Pakar hidung, telinga and tekak (ENT), Dr David Carlson telah menemui sebanyak 150 larva pepijat yang masih hidup di dalam rongga hidung dan sinus.

Serangga tersebut sebesar hujung jari kelingking dan ada yang sedang menyelinap ke dalam tisu dan ia menyebabkan keradangan yang membawa kepada gejala membimbangkan terhadap lelaki tersebut.

Sukar untuk dikeluarkan kerana berisiko

Pasukan perubatan hospital, kemudiannya berdepan dengan cabaran dalam mengeluarkan serangga berkenaan kerana prosesnya amat rumit.

Rakaman grafik dari bilik bedah turut menunjukkan terdapat larva yang berada di kedudukan berbahaya.

Memetik laporan Money Control, Dr Calson menjelaskan proses itu mempunyai risiko maut jika pepijat berkenaan memasuki kawasan kritikal.

Lelaki turut mempunyai masalah sistem imun terjejas

Kata Dr itu lagi sistem imun pesakit juga terjejas disebabkan penyingkiran tumor kanser dari hidungnya pada 30 tahun yang lalu dan ruang terbuka dalam hidung telah memberikan persekitaran yang ideal untu parasit membiak.

Selepas proses pembuangan pepijat itu dilakukan doktor kemudian membilasnya dengan antiparasit khas agar ia tidak berulang, dan dia dijangka akan pulih sepenuhnya.

Tak amalkan langkah pembersihan yang sepatutnya punca ada pepijat dalam hidung

Punca perkara itu berlaku selepas pesakit mengaku tidak mengamalkan kebersihan ketika mengendalikan ikan mati. Dia mengakui tidak membasuh tangan dengan bersih di sungai selepas menyentuh ikan terbabit.

Dr Carlson kemudian menasihatkan semua untuk menjaga kebersihatan khususnya bagi mereka yang mempunyai sistem imun terjejas.

Video memaparkan proses pepijat itu dikeluarkan turut dikongsikan di YouTube. Video mungkin tidak sesuai untuk ditonton oleh segelintir pihak.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.