fbpx
Now Reading
Bak Kut Teh Memang Merujuk Kepada Sup Herba Babi, Kata Ridhuan Tee

Bak Kut Teh Memang Merujuk Kepada Sup Herba Babi, Kata Ridhuan Tee

Jelas pendakwah itu, meskipun perkataan ‘bak’ tidak merujuk kepada babi tetapi ia sudah sinonim dengan daging haiwan berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, kecoh apabila makanan terkenal di kalangan kaum Cina iaitu Bak Kut Teh disenaraikan sebagai salah satu makanan warisan di negara ini.

Namun perkara itu mendapat pelbagai kritikan daripada banyak pihak kerana kebiasaannya sup herba itu disediakan dengan menggunakan sup herba babi.

Namun Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok turut menyifatkan pemilihan bak kut teh dalam senaraikan makanan tersebut boleh menarik ramai pelancong ke negara ini kerana ia dicipta orang kaum Cina di Malaysia.

Malah Parti Islam Malaysia (PAS) pernah memperkenalkan bak kut teh versi halal sewaktu berkempen dalam Pilihanraya Kecil (PRK) beberapa tahun lalu.

Baca artikel berkaitan: “Masukkan Bak Kut Teh Dalam Senarai Makanan Warisan Boleh Tarik Ramai Pelancong” – Teresa Kok

Bagi kaum Cina, bak kut teh adalah sup herba babi

Terbaharu pendakwah terkenal, Prof Dr Mohd Ridhuan Tee tampil menegaskan bahawa masyarakat Cina merujuk bak kut teh sebagai sup herba babi.

“Tanyalah orang Cina, bila sebut bak kut teh adakah ia boleh bertukar sup herba ayam, sup herba kambing atau apa-apa sup selain babi.

“Sudah sinonim, sebut sahaja bak kut teh ia adalah sup herba babi. Walau pun perkataan ‘bak’ itu tidak merujuk kepada babi. Bak itu adalah daging sudah sinonim dengan babi,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau ia adalah sangat jarang buat masyarakat Tiong Hua untuk membuat sup herba tanpa babi.

“Apatah lagi nak letak lembu atau kambing dalam sup tersebut kerana kebanyakan Cina tidak suka makan lembu, ada yang langsung tidak makan lembu. Majoriti suka babi.”

Cadangan sup herba mencabar sensitiviti masyarakat majoriti

Jelasnya cadangan menyenaraikan sup tersebut sebagai makanan warisan mencabar sensitiviti masyarakat majoriti di negara ini yang turut “bersendikan Melayu, Bumiputera dan Islam.”

Sebelum ini, Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara, Mohamad Muda Bahadin telah menyenaraikan sebanyak 10 makanan yang diiktiraf sebagai warisan negara.

10 makanan yang disenaraikan adalah:

  • Burasak
  • Mi Kolok
  • Nasi Ambeng
  • Dodol
  • Kuih Genggang
  • Kuih Lapis
  • Kuih Karas
  • Uthappam
  • Jeruk Tuhau
  • Air Katira
  • Bak Kut Teh
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.