Minah Saleh Dakwa Nyaris Diraba 50 Lelaki Ketika Berjalan Di Kuala Lumpur
Christine Hill turut mendakwa dia terpaksa memukul 50 lelaki yang kesemuanya ‘Melayu’ dengan payung bagi mengelakkan dadanya dari diraba lelaki tempatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila melancong ke sesebuah negara asing, sudah pasti anda impikan destinasi dan perjalanan yang seronok dan selamat.
Namun lain pula terjadi kepada pasangan ‘traveller blogger’ dari Sepanyol yang menjadi mangsa samun dan rogol oleh sekumpulan lelaki di India.
Baca Artikel Berkaitan: Blogger Sepanyol Dirogol 7 Lelaki Semasa Jelajah Motosikal Di India [Video]
Perkongsian video oleh pasangan tersebut yang menerangkan tentang insiden kemudian tular dan mendapat tumpuan orang ramai di laman X (Twitter).
Wanita Warga Asing Dakwa Dirinya Terlibat Dengan Gangguan Seksual Di Malaysia
Dalam pada India terkenal dengan kes jenayah rogol yang tinggi, seorang pengguna laman X dikenali sebagai Christine Hill tampil mendakwa Malaysia juga merupakan negara sebegitu.
Menerusi ciapannya, Christine mendakwa dia telah tinggal di Malaysia selama lapan tahun dan sentiasa diganggu oleh rakyat tempatan. Dia berkata payudaranya sering menjadi sasaran untuk diraba ketika dia berjalan dari Pasar Seni, Kuala Lumpur ke Hotel Shangri La.
Sepanjang perjalanan itu, wanita tersebut mendakwa dia memukul kira-kira 50 lelaki Melayu dengan payung kerana cuba untuk memegang payudaranya.
Wanita Dakwa Pihak Berkuasa Ketawa Ketika Membuat Aduan
Christine juga menjelaskan bahawa dia cuba membangkitkan isu berkenaan dengan kebanyakan pemimpin politik dan mendakwa dirinya menjadi bahan jenaka susulan aduan tersebut.
Selain itu, dia turut mendakwa hanya wanita berkulit putih sahaja yang menjadi sasaran serangan seksual di Malaysia.
Polis Tak Bantu Gara-gara Tak Boleh Berbahasa Inggeris?
Dakwaan tentang situasi di Malaysia tidak terhenti di situ sahaja apabila dia berkata dirinya tidak dibantu oleh pihak berkuasa semasa dilanggar oleh seorang pemandu teksi kerana anggota polis yang tidak boleh berbahasa Inggeris.
Netizen Curiga Dengan Dakwaan Christine Hill
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen dilihat curiga dengan dakwaannya dan bertanya mengapa dia tidak membuat laporan polis jika ia benar-benar berlaku.
Ramai di antara mereka sukar mempercayai kenyataan di mana Christine diraba oleh kira-kira 50 lelaki sekitar jalan paling sibuk di bandar Kuala Lumpur.
Seorang individu bertanya sama ada Christine mengambil laluan Jalan Raja Chulan atau Jalan Ampang ke hotel kerana kedua-dua jalan tersebut adalah laluan sesak dan sudah pasti seseorang akan menyedari jika serangan seksual itu berlaku.
Warganet juga menegaskan bahawa perjalanan dari Pasar Seni ke Shangri La Hotel agak jauh dan tiada siapa yang akan cuba berjalan di bawah cuaca panas.
Bagaimana pula dengan dakwaan Christine tentang serangan seksual di Malaysia hanya berlaku kepada wanita berkulit putih?
Menurut seorang netizen, seorang wanita Perancis yang pernah ditemu bual sebelum ini berkata mereka berasa cukup selamat untuk berehat dan membaca buku di atas bangku tanpa sebarang gangguan oleh sesiapa sekitar Kuala Lumpur.
Malaysia seperti negara lain, tidak terkecuali daripada kes serangan seksual. Dalam konteks ini, seorang netizen menjelaskan betapa bahayanya kata-kata seorang wanita ‘mat saleh’ kerana masyarakat lebih cenderung mempercayai kenyataan golongan tersebut berbanding orang lain.
Jelasnya lagi, tiada dapat dinafikan serangan seksual boleh berlaku di bandar Kuala Lumpur, tetapi dakwaan Christine dicabul oleh kira-kira 50 lelaki semasa berjalan 30 minit hanyalah kerana sifat Xenophobia (perasaan takut pada warga asing).
Siapa Christine Hill?
Semakan kami menerusi atas talian mendedahkan bahawa Christine pernah bekerja sebagai wartawan bebas di seluruh Asia dari 1993 hingga 1999.
Berdasarkan profil LinkedIn miliknya, dia pernah bekerja sebagai Koresponden Asia Tenggara bagi South China Morning Post dan merupakan Ketua Biro Asia untuk majalah kewangan.
Dia juga didakwa pernah menemu bual bekas Perdana Menteri Malaysia ketika dia menetap di negara ini. Christine kini bekerja sebagai Penasihat Kemasukan Kolej di Huckleberry Lane di Amerika Syarikat.
Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Reman ‘Cleaner’ Warga Asing Cabul Remaja Lelaki 15 Tahun Di Tandas Pusat Beli-Belah