fbpx
Now Reading
“Director Mana Lah Yang Bagi Watak Ni” – Bell Ngasri Belakon Jadi Jahat Curi Tumpuan Ramai [Video]

“Director Mana Lah Yang Bagi Watak Ni” – Bell Ngasri Belakon Jadi Jahat Curi Tumpuan Ramai [Video]

Dalam video tersebut, Bell menengking seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya sambil memegang duit sebelum wang terbabit dilemparkan ke arah muka budak tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pelakon ‘senior’ popular, Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri sememangnya cukup terkenal buat peminat-peminat filem tempatan di Malaysia.

Sebut sahaja Bell Ngasri, pasti ramai yang akan mengingati watak-watak lucu yang dibawa oleh artis berusia 44 tahun itu seperti Barkoba dalam siri movie Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Tular Bell Ngasri berlakon bawa watak berlainan, selalunya lawak

Bagaimanapun, baru-baru ini tular pula video Bell Ngasri membawa watak yang berlainan semasa pengambaran dipercayai untuk sebuah filem raya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @azmiahmad29, kelihatan Bell membawa watak seorang yang garang dan juga dipercayai jahat.

Bell berlakon jadi garang, tengking dan lempar duit ke arah budak perempuan

Dalam video tersebut, Bell menengking seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya sambil memegang duit sebelum wang terbabit dilemparkan ke arah muka budak tersebut.

“Aku bagi duit ini, ambil!,” jerit Bell semasa melakonkan watak terbabit.

Bell kemudiannya dengan wajah yang bengis dilihat membawa bagasi dan berlalu pergi daripada rumah berkenaan seperti watak seorang antagonis.

Video lakonan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 itu berjaya menarik perhatian ramai memandangkan dia sebelum ini jarang membawa watak sedemikian.

Menurut pemilik akaun, filem lakonan Bell Ngasri ini akan ditayangkan di Astro pada raya pertama ini.

@azmiahmad29

Garangnya abg ni 😆 fyp abggarang bj

♬ original sound – Azmi Ahmad – Azmi Ahmad

Netizen beri pelbagai reaksi, tetap nak gelak walau Bell bawa watak jahat

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video lakonan Bell itu.

Kebanyakan netizen mendakwa tetap berasa ingin ketawa apabila melihat wajah Bell meskipun dia pada waktu itu membawa watak serius.

Malah, ada juga yang berseloroh dengan menanyakan tentang puasa yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi ini memandangkan Bell begitu senonim dengan watak Barkoba sebagai salah satu geng ‘plastik hitam’.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.