Tuah Badan! Bell Ngasri Terima Mini Cooper Bernilai RM200,000
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motors, cadangan untuk memberikan kereta kepada Bell timbul setelah melihat kemenangannya tidak membawa pulang hadiah kereta seperti pemenang Bintang Paling Popular sebelum ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui Nasrizal Ngasri atau Bell Ngasri telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke 35 pada 21 Julai yang lalu.
Bell yang turut memenangi kategori Artis Komedi Popular dikatakan mendapat undian melebihi 12 juta bagi memenangi gelaran Bintang Paling Popular itu.
Namun begitu, hadiah yang dimenangi oleh Bell sebagai Bintang Paling Popular nyata menarik perhatian ramai apabila kemenangan pada kali ini membolehkan dia membawa pulang hadiah berbentuk trofi dan pakej umrah.
DTC Motors Beri Kejutan, Hadiahkan Mini Cooper Clubman
Peka dengan kemenangan kereta yang dibawa balik oleh pemenang bintang paling popular sebelum ini, DTC Motors telah mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan bakal memberi kereta kepada pelawak popular itu.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif DTC Motors Afendy Wahid, cadangan untuk memberikan kereta kepada Bell timbul setelah melihat kemenangannya tidak membawa kereta yang sudah menjadi kelaziman dalam penganjuran anugerah tersebut.
“Saya tertanya-tanya kenapa Bell tidak dapat kereta seperti pemenang terdahulu. Saya berbincang dengan kakitangan, apa kata kita yang beri.
“Saya hubungi pihak Bell dan segala usaha dipermudahkan. Kami pilih kereta Mini Cooper Clubman kerana berasa sesuai dengan diri Bell,” kata Afendy.
Tidak Sangka Dapat Kereta, Syukur Dengan Kemenangan & Anugerah Yang Diperolehi
Pada masa yang sama, Bell tidak menyangka akan menerima hadiah berbentuk kereta kerana baginya hadiah dan anugerah yang diterima (Bintang Paling Popular) adalah sudah cukup besar.
“Jika mengikut tradisi pemenang utama semua dapat kereta. Tapi dapat trofi pun saya dah bersyukur sangat-sangat.
“Bila ada orang nak beri saya kereta saya tidak kisah kereta apapun saya terima. Jadi, apabila diberi kereta mewah yang memang saya idamkan saya berasa cukup terharu,” katanya.
Bell juga turut mengakui timbul persoalan ketika ditemu bual di sebuah stesen radio tentang hadiah kemenangannya yang tidak membawa pulang kereta seperti kelaziman pemenang sebelum ini.
“Tidak sangka pada hari saya ke Hot FM untuk temubual, ada orang menghubungi Hot FM meluahkan hasrat beri kereta. Mulanya saya ingat scammer (ketawa).
“Alhamdulillah, betul saya dapat kereta. Terima kasih kepada DTC Motors dan juga semua yang berusaha merelisasikan hadiah ini,” ujarnya.
Untuk info, Bell telah memulakan kerjaya lakonan sejak 37 tahun yang lalu. Walau bagaimanapun, pencalonan Bell dalam ABPBH 35 kali ini merupakan pencalonan pertamanya sejak menceburkan diri dalam industri hiburan.
Bell yang sinonim dengan watak Barkoba mula menarik perhatian ramai dan mencetuskan fenomena menerusi drama 16 puasa, 17 puasa dan 18 puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid dengan tagline ‘Yak Yak Yeay’.
Baca Artikel Berkaitan: Bell Ngasri Mohon Maaf Tak Dapat Tunaikan Manifesto ‘Barkoba’, Netizen Faham Sekadar Gurauan
Baca Artikel Berkaitan: Pertama Kali Tercalon Di ABPBH, Ramai Mahu Bell Ngasri Menang Kategori Artis Komedi Popular [Video]