fbpx
Now Reading
Erysha Emyra Sebak, Kereta Mini Cooper Kesayangan Tiba-tiba Terbakar

Erysha Emyra Sebak, Kereta Mini Cooper Kesayangan Tiba-tiba Terbakar

Meskipun berasa sedih dengan insiden yang terjadi itu, Erysha tetap bersyukur kerana sempat keluar daripada kereta jenis Mini Cooper Clubman itu tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

‘Malang tidak berbau’ buat seorang pelakon wanita, Erysha Emyra apabila kereta yang dipandunya secara tiba-tiba terbakar sebelum hangus sepenuhnya dijilat api.

Menerusi hantaran Instagram Story (IG Story) di akaun miliknya, detik cemas berkenaan dilaluinya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.

Erysha tetap bersyukur kerana dirinya dalam keadaan selamat

Meskipun berasa sedih dengan insiden yang terjadi itu, Erysha tetap bersyukur kerana sempat keluar daripada kereta jenis Mini Cooper Clubman itu tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Insiden yang begitu trauma berlaku kepada saya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini (1 November), tetapi Alhamdulilah saya selamat dan berada dalam keadaan baik.

“Kereta saya tiba-tiba terbakar dan tidak dapat diselamatkan. Alhamdulilah saya dapat keluar daripada kereta tepat pada masanya, cuma panik sepanjang perjalanan,” tulisnya di IG Story.

Erysha gagal tahan sebak lihat kereta kesayangan hangus terbakar

Dalam perkongsiannya di IG Story itu, kedengaran tangisan Erysha yang tidak dapat menahan sebak melihat kereta kesayangannya hangus terbakar.

Pelakon drama siri ‘Perempuan Itu’ turut berkongsi video pihak bomba yang datang untuk memadam kebakaran berkenaan.

Foto: Instagram/eryshaemyra

“Ketika bomba tiba, kereta saya sudah hangus terbakar. Selamat tinggal kepada rakan biru saya. Terima kasih atas ‘jasa’ anda selama ini,” tulisnya.

Sekadar info, Erysha Emyra juga merupakan anak kepada pelakon terkenal Datin Seri Noniswara Baharudin.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.