fbpx
Now Reading
Pertama Kali Tercalon Di ABPBH, Ramai Mahu Bell Ngasri Menang Kategori Artis Komedi Popular [Video]

Pertama Kali Tercalon Di ABPBH, Ramai Mahu Bell Ngasri Menang Kategori Artis Komedi Popular [Video]

Pencalonan Bell Ngasri mula mendapat perhatian warganet memandangkan dia ‘selebriti senior’ yang tidak pernah memenangi mana-mana anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) merupakan anugerah berprestij yang sering kali ditunggu oleh setiap peminat.

Anugerah yang mula diperkenalkan pada tahun 1987 ini adalah berdasarkan kepada undian peminat yang mengiktiraf penggiat seni tanah air.

Malah, artis yang tercalon dalam setiap kategori adalah merupakan hasil usaha keras peminat yang mengundi.

Buat peminat setia, mereka pastinya akan menggembleng tenaga untuk memastikan artis kesayangan memenangi kategori dalam anugerah ini.

Pencalonan Buat Pertama Kali Raih Perhatian Warganet

Siapa sangka, setelah tiga dekad berkecimpung dalam dunia seni, Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berjaya menempatkan diri sebagai lima calon pemenang bagi anugerah Artis Komedi Popular, ABPBH yang ke-35.

Pencalonan Bell mula mendapat perhatian warganet apabila dia dikatakan tidak pernah memenangi mana-mana anugerah sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.

Ramai Luah Harapan Bell Ngasri Menang

Menerusi Facebook, beberapa pengguna menzahirkan harapan mahu melihat Bell Ngasri meraih kemenangan bagi kategori Artis Komedi Popular.

Jelas Zack Rahim, dia seorang pelakon versatil kerana mampu membawa watak antagonis (jahat), protagonis (watak teraju) selain watak tritagonis (watak ketiga yang jujur dan kelakar) dengan baik.

Selain Zack Rahim, seorang penulis, Siti Suryani Yaakop turut meletakkan harapan agar Bell Ngasri memperoleh kemenangan kerana menurutnya Bell mampu membawa apa sahaja watak yang diberikan kepadanya.

Turut meletak harapan untuk menang, menerusi akaun instagramnya @BellNgasri, dia sempat berkempen dan meminta peminat untuk mengundi dia di anugerah tersebut.

“Baik, salam-salam juga, jangan lupa untuk undi saya ye,” katanya menerusi video di Instagram miliknya.

Malah, menerusi hantaran video tersebut, kelihatan Bell berkali-kali mengingatkan peminat agar mengundinya supaya dia dapat memperolehi kemenangan di anugerah berprestij itu.

“Bukan sebagai Menteri, tapi di ABP ye. Gunakan handphone itu untuk mengundi abang ye,” katanya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat menyatakan bakal memberi sokongan padu kepada pelakon dan pelawak itu sebagai usaha untuk menghargai kerja kerasnya selama ini.

Berikut antara komen netizen:

Malas Nak Ambil Tahu ABPBH, Tapi Kali Ni Lain Macam Aura Memanggil

Aku Tak Pernah Undi Siapa-Siapa Sebelum Ni Bell

Harap Kau Menang Ye, You Deserve It Bro!

Terdahulu, pencalonan Bell Ngasri dalam bagi kategori Artis Komedi Popular bersama-sama Johan, Zizan, Syahmi Sazli dan Jaa Suzuran telah mengundang perhatian warganet.

Ini kerana dia dikatakan tidak pernah memenangi sebarang anugerah walaupun telah berkecimpung dalam dunia seni hampir tiga dekad.

Nama Bell Ngasri mula menjadi bualan sejak akhir-akhir ini apabila menjayakan watak sebagai Barkoba, seorang lelaki yang malas puasa dalam telemovie 16 Puasa, 17 Puasa dan 19 Puasa arahan Allahyarham Mamat Khalid.

Melalui telemovie itu juga, ayat tagline ‘Yak Yak Yeay’ menjadi sinonim dengan Bell sehingga ke hari ini.

Baca Artikel Berkaitan: Haqiem Rusli Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 2020, Ini Senarai Penuh Pemenang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.