fbpx
Now Reading
Solat Qada Atau Solat Tarawih: Mana Satu Perlu Diutamakan? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]

Solat Qada Atau Solat Tarawih: Mana Satu Perlu Diutamakan? Ini Penjelasan Ustaz Jafri [Video]

Ustaz Jafri mengingatkan umat Islam meskipun ingin merebut ganjaran pahala solat Tarawih namun jangan mengabaikan solat qada.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (10 Mac) Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan umat Islam di negara ini akan mula berpuasa pada Selasa (12 Mac) ini.

Seperti sedia maklum bulan Ramadan merupakan bulan yang mulia dan terdapat beberapa ibadah sunat yang hanya boleh dilakukan pada bulan ini seperti bersahur, Tarawih serta banyak lagi.

Ustaz Jafri terangkan antara solat Tarawih dan Qada yang mana perlu didahulukan

Baru-baru ini, pendakwah terkenal iaitu Ustaz Jafri Mahmoodi dalam satu video di TikTok telah menerangkan antara solat Tarawih dan solat qada yang mana satu perlu diutamakan.

Jelasnya dalam video tersebut, sesuatu (ibadah) yang bertembung di antara yang wajib dengan yang sunat kita perlu mengutamakan yang wajib.

“Dalam bab solat qada, solat qada ini wajib manakala solat Tarawih itu sunat. Maka utamakan yang qada kalau tak mampu nak buat semua.

“Contohnya waktu orang solat Tarawih, kita boleh sahaja nak niat nak solat qada. Jadi setiap kali orang bangun solat Tarawih dua rakaat, kita niat solat qada dua rakaat subuh.

“Jadi kalau orang buat 20 rakaat Tarawih, kita dah dapat 10 solat subuh yang kita qadakan,” ujarnya.

Ingatkan orang ramai jangan abaikan solat qada

Walau bagaimanapun, katanya jika seseorang itu mampu dan tidak mahu ketinggalan solat Tarawih kerana ingin merebut ganjaran dan kelebihan menunaikan solat Tarawih dalam bulan Ramadan maka seseorang itu boleh melakukannya.

Namun dia mengingatkan agar tidak mengabaikan solat qada.

“Seiring kita buat solat Tarawih, kita juga tumpu untuk buat solat qada kita dalam bulan Ramadan. Maka bulan Ramadan menjadi bulan yang kita banyak solat.

“Antaranya mengqadakan solat yang telah lama kita tinggalkan, mudah-mudahkan kelebihan daripada Ramadan itu dapat kita perolehi.”

Melihat di ruangan komen, ramai yang memberi reaksi positif kepada perkara itu dan ada menyifatkan kadang kala mereka mengqadakan solat tersebut sebelum masuk waktu subuh.

Tidak kurang juga ada yang bertanya pelbagai soalan berhubung solat qada dan juga Tarawih.

“Qada waktu lain boleh kan? Jadi tak ganggu Tarawih”

“Mestilah solat qada kena dahulukan”

“Ustaz kenapa masa solat Tarawih masa tu juga nak qada solat. Waktu lain tak boleh ke?”

Baca artikel berkaitan: Orang Berhutang Tak Boleh Solat Jamak & Qasar Ketika Bermusafir? Ini Penjelasannya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.