Terlalu Cerewet Ketika Buat Pesanan, Netizen Suruh Ex Pekerja Restoran Makanan Segera Masak Sendiri [Video]
Selain mahu bubur yang baru dimasak dalam periuk, wanita itu turut meminta kentang goreng panas manakala patty burger yang dipesannya dipotong.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila bekerja di sesuatu tempat seperti restoran pastinya anda lebih mahir dan mengetahui selok-belok setiap proses yang dilakukan termasuklah pembersihan, penyediaan makanan dan sebagainya.
Ini kerana, mereka yang bekerja bertanggungjawab untuk menjalankan proses tersebut agar jualan berjalan dengan lancar dan pelanggan dapat menikmati makanan mereka dengan gembira.
Meskipun tahu tentang setiap proses makanan itu disediakan namun ia bukanlah lesen buat seseorang menjadi pelanggan yang menjengkelkan apabila membuat pesanan di restoran lain.
Ex pekerja restoran makanan segera cerewet buat pesanan undang perhatian
Perkara sama turut berlaku di salah satu cawangan McDonald’s (MCD) di negara ini apabila terdapat pelanggan yang membuat pesanan dengan begitu cerewet sehingga mengundang perhatian ramai.
Menerusi video yang tular di X (Twitter), awalnya seorang lelaki dan wanita yang dipercayai merupakan bekas pekerja MCD telah datang ke restoran berkenaan untuk membuat pesanan secara pandu lalu.
Nak bubur dalam periuk yang baru dimasak
Apa yang menjadi perhatian apabila wanita yang wajahnya tidak kelihatan membuat pesanan bubur, namun menjelaskan dia ingin bubur yang dipesan diambil terus dari dalam periuk.
Malah dia turut mengatakan dia tidak mahu yang sudah tersedia dan mahu bubur yang baru dimasak.
Tidak lama kemudian lelaki itu pula mengatakan jika boleh dia inginkan semua makanan yang dipesan itu disediakan ‘fresh’ dan sanggup menunggu. Bukan hanya itu, wanita berkenaan turut menyebut berapa lama masa diambil untuk memasak burger yang dipesan.
“Sebab deluxe masak empat minit je kan?” soalnya sebelum pekerja itu mengiyakannya.
Mahu patty burger dipotong dan dimasak baru walaupun perlu menunggu
Pekerja yang mengambil pesanan itu turut meminta sekiranya dua pelanggan berkenaan boleh menunggu untuk pesanan bubur kerana ia sedang dimasak.
“Ha tak apa boleh tunggu, asalkan dalam periuk punya. Tapi kalau Deluxe yang kosong tu minta untuk tolong potong boleh tak, potong dia punya patty tu,” kata pelanggan wanita itu lagi.
Sebaik membuat permintaan itu, kelihatan lelaki berkenaan memandangnya dengan satu ‘pandangan’ yang sinis.
“Apa banyak sangat bendanya tu, memang orang demam memang makan macam ni ya,” kata lelaki itu kepada wanita berkenaan.
Lepas bubur dan burger, minta kentang dihidangkan panas-panas
Wanita itu lalu menjawab ia perkara biasa untuk orang yang tidak sihat.
“Orang demam memang makan macam ni, dia kena demand sikit. Awak tak pernah minta bubur dekat dalam periuk kan? Saya minta, sebab saya nak makan. Cakap dekat dia kentang tu nak yang panas-panas tak nak sejuk.
“Garam tu pastikan cukup rasa, satu kali tuang je tak nak dua tiga kali tuang nanti kang masin. Cakap dekat dia kentang tu masak beberapa minit je kan. Ha awak kerja MCD kentang masak berapa minit, awak tahu tak?” soalnya sebelum lelaki itu menjawab empat minit.
dah alang alang terpaling ex staff tu kan apa kata masuk masak sendiri pic.twitter.com/eCge1QTL20
— AL (@ciraplaici) March 11, 2024
Perkongsian video itu telah menarik perhatian ramai yang geram dengan tindakan pelanggan berkenaan.
Malah ada yang mengatakan video itu turut menguji diri mereka yang cuba untuk bersabar kerana sedang berpuasa.