“Hangat-hangat Tahi Ayam Saja” – Michael Ang Beri Pendapat Isu Rakyat Malaysia Ingin Boikot Mcd
Menurut Michael Ang, dia sama sekali tidak menyokong kekejaman rejim Zionis itu dan hanya berpendapat bahawa isu boikot McDonald’s ini adalah sesuatu yang mengarut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kebelakangan ini, nama penerbit dan pengarah Michael Ang sering menjadi bualan ramai susulan kenyataan yang diberikan olehnya berhubung konflik Palestin-Israel yang sedang melanda pada ketika ini.
Terbaharu, Michael menyuarakan pula pendapatnya berhubung tindakan kebanyakan rakyat di negara ini yang ingin memboikot restoran makanan segera, McDonald’s Malaysia kerana didakwa menyokong Israel.
Tindakan rakyat Malaysia boikot Mcd hanya bersifat sementara
Menurut Michael, tindakan kebanyakan rakyat Malaysia dalam memboikot restoran tersebut hanyalah bersifat sementara sahaja.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan McDonald’s Israel Tidak Cerminkan Nilai Kami – McD Malaysia
“Agak lawak eh sampai Mcd (McDonald’s) kena keluarkan kenyataan untuk pertahankan diri pasal isu boikot! Kalau aku Mcd aku buat bodoh saja, rakyat Malaysia ini boikot hangat-hangat tahi ayam saja,” katanya.
Rakyat Malaysia tiada prinsip, boikot bila ada konflik Palestin dan Israel sahaja
Menurutnya lagi, rakyat Malaysia juga tidak mempunyai prinsip dalam memboikot kerana isu seperti ini hanya dibangkitkan ketika konflik di antara Palestin dan Israel sedang berlaku sahaja.
“Kalau ada prinsip, perang ini dah berpuluh-puluh tahun lagi tua dari Mcd itu, jadi sepatutnya Mcd tak wujud dekat sini,” katanya lagi.
Jelas Michael, dia sama sekali tidak menyokong kekejaman rejim Zionis itu dan hanya berpendapat bahawa isu boikot McDonald’s ini adalah sesuatu yang mengarut.
Kebanyakan rakyat Malaysia beragama Islam kerja di Mcd, boikot akan jejaskan mereka
Katanya lagi, kebanyakan pekerja-pekerja di restoran terbabit juga adalah rakyat Malaysia yang beragama Islam dan tidak seharusnya menjadi mangsa kepada isu boikot ini sehingga menjejaskan sumber rezeki mereka.
“Banyak lagi cara untuk kita lakukan untuk sokong saudara kita (rakyat Palestin). Pendapat aku sahaja,” ujarnya.
Netizen kecam tindakan Michael kerana inginkan kedamaian kedua-dua pihak
Terdahulu, kebanyakan orang menyelar kenyataan yang diberikan oleh Michael kerana kelihatan seolah tidak memihak kepada Palestin dan hanya inginkan kedamaian kedua-dua belah pihak.
Tidak hanya itu, penyanyi dan aktivis, Caprice juga memberi responnya terhadap kenyataan Michael yang dilihat seolah-olah ingin menuduh penerbit itu menyokong kekejam Israel.
Enggan berdiam diri, Michael tampil pula mengecam tindakan Caprice kerana menuduhnya dan menyifatkan penyanyi rap itu sebagai batu api yang cuba memanipulasi kenyataannya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: