Pura-Pura Berqiamullail Di Masjid, Wanita Curi Beg Tangan Jemaah [Video]

Isu kecurian yang berlaku di masjid atau surau bukanlah suatu perkara yang baharu. Malah sebelum menjalankan operasi segelintir darinya sanggup berpura-pura agar tidak terkantoi.

Apa yang lebih menyedihkan perbuatan berdosa itu dilakukan di rumah ibadah yang suci. Namun ada juga yang terbongkar apabila aksinya sempat dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di masjid atau surau berkenaan.

Tular video wanita curi beg tangan jemaah masjid semasa sahur

Baru-baru ini, tular satu video di X memaparkan seorang wanita yang bertindak melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab ketika berada di Masjid Raja Lumu, Bukit Malawati, Kuala Selangor.

Tindakannya itu ‘terkantoi’ apabila ia dapat dirakam oleh CCTV dan dipercayai berlaku pada 17 Mac sekitar jam 5.40 pagi.

Menerusi rakaman tersebut, awalnya kelihatan seorang wanita yang memakai tudung dan baju putih belang sedang duduk menghadap dinding di ruangan solat seperti sedang mengambil sesuatu.

Tidak lama kemudian dia dilihat memasukkan sebuah beg tangan ke dalam satu tas tangan lain sebelum bangun dan segera keluar dari ruangan berkenaan.

Siap pura-pura berqiamullail

Malah wanita itu turut menutup pintu di ruangan terbabit sebelum beredar dari kawasan berkenaan. Dia dikatakan sanggup berpura-pura berqiamullail sebelum mencuri beg berkenaan yang dipercayai milik jemaah lain.

Memetik laporan Kosmo, Pengurus Masjid Raja Lumu, Luqman Hafiz Mohd. Amir memaklumkan semakan CCTV mendapati wanita berkenaan berkeliaran di ruang solat wanita dan hanya menunaikan solat hajat ketika di penghujung qiamullail.

Dia bertindak melakukan perbuatan tersebut ketika semua jemaah sedang sibuk ke khemah untuk bersahur.

“Wanita yang memakai telekung separuh itu kemudian menanggalkannya sebelum menghampiri rak berdekatan pintu belakang. Dia yang menyelongkar beg itu segera beredar selepas menyedari jemaah yang selesai bersahur masuk ke dalam ruang solat,” jelasnya.

Polis sedang kesan wanita dipercayai curi beg tangan jemaah

Perkara itu bagaimanapun disedari oleh mangsa yang berusia 60 tahun selepas menyedari beg tangannya hilang. Tambah Lokman, kejadian seperti itu adalah pertama kali berlaku di masjid tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa turut mengesahkan telah menerima laporan berhubung insiden itu dan kini polis sedang berusaha mengesan wanita berkenaan.

Melihat di ruangan balas ramai yang geram dengan perbuatan wanita berkenaan kerana perbuatan itu adalah tidak baik apatah lagi jika dilakukan di dalam masjid.

“Paling sakit barang kena curi dalam masjid, pernah kena masa baru habis orentadi dekat universiti dulu”

“Sangat memalukan”

Recent Posts

  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

3 seconds ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

18 mins ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

1 hour ago
  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

18 hours ago