fbpx
Now Reading
Lelaki Bangsa Cina Semangat Tanam Pokok Daun Limau Lepas Tahu Jiran Melayu Suka Guna Buat Sambal [Video]

Lelaki Bangsa Cina Semangat Tanam Pokok Daun Limau Lepas Tahu Jiran Melayu Suka Guna Buat Sambal [Video]

Lelaki tersebut dilihat sedang menanam pokok limau di hadapan rumah ketika jiran berbangsa Melayu itu sempat merakam situasi yang berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Rezeki boleh datang dalam pelbagai cara, bukan dalam bentuk wang dan harta sahaja. Dapat jiran-jiran yang baik juga dikira satu rezeki.

Bila hubungan sesama jiran dijaga dengan baik, kehidupan kita juga menjadi lebih tenang tanpa sebarang perselisihan faham.

Sekiranya ditimpa kesusahan, jiran adalah individu terdekat yang boleh menghulurkan bantuan kepada kita. Jadi, sebab itulah pentingnya untuk kita memelihara hubungan yang baik sesama jiran tetangga.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Sanggup Redah Air Banjir Demi Selamatkan Wanita Bersalin & Bayinya

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Jiran Cina Belanja KFC Buat Jiran Melayu Sebab Tak Dapat Jemput Sambutan ‘Birthday’


Jiran Tanam Pokok Daun Limau Semata-mata Nak Bagi Jiran Melayu Guna Buat Sambal

Menerusi video dimuat naik di laman TikTok (@fitramlan), wanita ini menunjukkan situasi di mana jirannya yang berbangsa Cina sedang menanam pokok limau di hadapan rumah.

Katanya, sudah tiga kali jirannya itu menanam pokok yang sama.

Lebih menyentuh hati lagi, lelaki berkenaan dikatakan menanam pokok tersebut untuk jirannya yang berbangsa Melayu kerana mengetahui mereka sering menggunakannya untuk memasak hidangan sambal.

Untuk pengetahuan anda, jirannya itu bukan sahaja tolong tanamkan pokok limau, malah dia juga kadangkala membantu menjiruskan tanaman sayuran di belakang rumah ketika mereka tiada di rumah.

Kalau anda tonton video berkenaan, boleh dilihat betapa mesra dan baik hubungan mereka sesama jiran walaupun berlainan bangsa.

@fitramlan

Masalahnya kitonya tangan panas 🤣

♬ original sound – lem@u – lem@u

Netizen Teruja Lihat Hubungan Baik Sesama Jiran Dalam Komuniti Setempat

Di ruangan komen video berkenaan, ramai netizen yang meluahkan rasa teruja melihat keharmonian hubungan mereka sesama jiran.

“Dapat jiran baik macam ni mesti hidup harmoni,” kata netizen.

Beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka hidup berjiran dengan pelbagai bangsa di sekeliling kejiranan.

Walaupun berbeza kaum dan agama, netizen berkata kehidupan mereka sesama jiran cukup baik sehingga sering saling tolong-menolong ketika mengadakan sebarang majlis.

“Aku jiran kiri kanan India dan Cina. Tapi sempoi je kitaorang kalau nak buat majlis mesti tolong,” ujar netizen.

Sumber: TikTok

Apa Definisi Jiran Yang Baik?

Jiran yang baik kebiasaannya mempunyai prinsip moral tinggi dan saling menghormati masyarakat setempat.

Pada masa yang sama, mereka juga akan bersikap mesra dan mudah didekati dan saling bertegur bagi mengelakkan isu kecil bertukar menjadi konflik yang serius.

Sesungguhnya, jiran yang benar-benar hebat adalah sukar untuk dicari. Jadi, mereka yang mempunyai jiran yang baik memang cukup bertuah.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.