fbpx
Now Reading
“Mana Dagingnya?” – Martabak Daging Tapi Penuh Bawang Raih Perhatian Ramai [Video]

“Mana Dagingnya?” – Martabak Daging Tapi Penuh Bawang Raih Perhatian Ramai [Video]

Bagaimanapun, pelanggan itu seolah tidak memandang serius perkara berkenaan apabila dia hanya ketawa sewaktu menyedari makanannya hanya dipenuh bawang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bazar Ramadan merupakan antara penyeri di bulan yang mulia ini bagi umat Islam. Manakan tidak, mereka boleh mencari pelbagai makanan dan minuman untuk berbuka puasa di satu kawasan sahaja.

Pun begitu, perasaan teruja itu pasti akan hilang sekiranya makanan atau minuman yang dibeli untuk berbuka tidak mempunyai rasa seperti yang diharapkan.

Tular beli martabak daging tapi tak ada daging

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial video seorang lelaki mendakwa martabak daging yang dibeli hanya dipenuhi bawang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @wawawani7, martabak daging terbabit dipercayai dibeli di salah sebuah bazar Ramadan dengan harga RM5.

Cari daging dalam martabak, tapi yang jumpa hanya bawang

Dalam video terbabit, kelihatan lelaki berkenaan mencarik-carik martabak itu untuk mencari daging, namun apa yang ditemuinya hanyalah bawang sahaja.

“Mana dagingnya? Kata martabak daging tapi ini martabak bawang. Tak sangka beli martabak daging dapat extra bawang,” katanya.

Bagaimanapun, pelanggan itu seolah tidak memandang serius perkara berkenaan apabila dia hanya ketawa sewaktu menyedari makanannya hanya dipenuh bawang.

Setakat artikel ini ditulis, video tular berdurasi 17 saat itu mendapat lebih 390,000 tontonan dan 4.932 tanda suka.

Memindai ke ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video berkenaan.

“Mungkin daging dah dikisar sehingga hancur” – Netizen beri pelbagai reaksi

Ada yang mendakwa bahawa kemungkinan daging di dalam martabak terbabit telah hancur dikisar menyebabkan ia sukar ditemui.

Malah ada juga netizen yang berseloroh bahawa lelaki itu seharusnya bersyukur kerana pada masa ini bawang juga dijual pada harga yang mahal.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.