fbpx
Now Reading
Lelaki Buat-Buat Nak Beli Sebelum Bawa Lari 2 iPhone [Video]

Lelaki Buat-Buat Nak Beli Sebelum Bawa Lari 2 iPhone [Video]

Kejadian dipercayai berlaku sekitar 3.30 petang pada 17 Mac lalu di Grand Senheng USJ Taipan, Subang Jaya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini tular satu rakaman CCTV di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki mencuri dua buah telefon pintar dari satu cawangan kedai elektronik.

Menerusi rakaman tersebut, dipercayai kejadian berlaku sekitar 3.30 petang, pada Ahad (17 Mac) lalu.

Menurut Getaran di TikTok, insiden kecurian itu berlaku di Grand Senheng USJ Taipan, Subang Jaya.

Getaran juga menyatakan bahawa dua telefon pintar yang dibawa lari adalah jenis iPhone Pro Max.

Buat-Buat Nak Beli Sebelum Bawa Lari

Rakaman sama menunjukkan lelaki berkenaan yang memakai kopiah dilihat telah berbincang mengenai harga telefon bimbit dengan seorang penjual.

Pada mulanya hanya satu telefon pintar diletakkan di atas kaunter.

Namun begitu, penjual telah meletak telefon pintar kedua apabila lelaki berkenaan dilihat sedang membaca maklumat di bahagian belakang kotak.

Suspek Melarikan Diri Dengan Motosikal

Dalam masa lebih kurang lima saat, suspek membawa lari kedua-dua telefon pintar itu keluar dari kedai sebelum dikejar oleh beberapa orang pekerja.

Menurut hantaran oleh Sinar Harian di TikTok, suspek segera melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Bukan Kali Pertama Suspek Datang Ke Kedai

Di Instagram (@tvsukanstar), seorang individu mendakwa dia merupakan pekerja yang berurusan dengan suspek.

Dia juga mendakwa bahawa suspek telah datang buat kali kedua sebelum insiden tersebut berlaku.

Malah, katanya pihak polis turut mempunyai gambar dan video lelaki sama di kedai lain.

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek diminta agar menghubungi balai polis berhampiran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.