Pelawak Korea Guna Daun Pisang Jadi Sudu Masa Makan Nasi Beriani Bikin Ramai Terhibur [Video]
Pelawak Korea dikenali sebagai Kim Dae-hee telah mengoyakkan daun pisang untuk dijadikan sebagai sudu bagi menikmati Nasi Beriani di sebuah kedai mamak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum sedia maklum setiap negara di dunia ini mempunyai tradisi dan budaya masing-masing yang unik.
Sebagai contoh masyarakat Malaysia sudah terbiasa meluangkan masa bersama rakan-rakan di kedai mamak selama 24 jam sambil menikmati beberapa juadah.
Selain itu, jika dibandingkan dengan negara barat atau Asia lain, banyak yang tidak menggunakan kaedah makan seperti yang diterapkan oleh rakyat Malaysia iaitu makan menggunakan tangan.
Baca Artikel Berkaitan: Netizen Dedah Realiti Sebenar ‘Budaya Malaysia’. Kedai Mamak Salah Satunya!
Pelawak Korea Guna Daun Pisang Sebagai Sudu Untuk Makan Nasi Beriani
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@moemasriiii) apabila seorang individu berkongsi babak lucu dalam sebuah variety show di Korea iaitu Dog Park Tour Season 2.
Menerusi klip video tersebut, kelihatan pelawak-pelawak dari Korea sedang menjamu selera di sebuah kedai makan semasa melancong di Malaysia.
Mereka berlima juga dilihat sedang menikmati hidangan makanan terkenal iaitu Nasi Beriani.
Namun, makan menggunakan tangan mungkin sedikit janggal buat pelawak berkenaan kerana mereka sudah terbiasa menggunakan penyepit (chopstick) atau sudu dan garfu.
Sesetengah daripada pelawak tersebut dilihat agak sukar untuk mengambil makanan dan menikmati juadah yang berada di depan mata.
Oleh disebabkan tidak berasa selesa dan kurang mengetahui cara menggunakan tangan untuk makan, pelawak Kim Dae-hee secara spontan telah mengoyakkan daun pisang yang menjadi pelapik Nasi Beriani untuk dijadikan sudu.
Ada-ada sahaja telatah mereka ini!
Netizen Terhibur Dengan Gelagat Bersahaja Dae-hee
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat terhibur dengan aksi bersahaja yang dilakukan oleh Kim Dae-hee untuk menyuap makanan. Ramai di kalangan warganet dengan pelawak itu berusaha dengan gigih untuk makan sesuap nasi.
“Bang minta je lah sudu. Sedih betul aku tengok cara makannya,” jelas seorang lelaki.
Malah ada juga yang berasa risau sekiranya Dae-hee jadikan daun pisang tersebut sebagai salad untuk dimakan sekali dengan Nasi Beriani itu.
“Masa dia pegang daun pisang tu, aku dah jerit andwae (tidak dalam bahasa Korea) dah. Risau dia buat macam salad je daun pisang tu,” kata seorang individu.
Sementara itu, ada juga yang membandingkan tekstur nasi Korea dan Nasi Beriani tersebut.
“Nasi diorang melekat-lekat, makan dengan chopstick pun boleh. Sekali (dapat) basmati, beriani pulak, nasi berderai,” ujar seorang wanita.
Buat anda yang berminat nak tahu apa babak-bakak seterusnya, anda boleh tonton video di bawah.
Pelawak Korea Terkejut Tengok Ketinggian Roti Tisu
Sebelum ini, lima pelawak berkenaan juga telah membuat netizen berdekah apabila mereka terkejut melihat keadaan Roti Tisu yang tinggi bagai menara.
Apa yang menghiburkan adalah apabila mereka terfikir bagaimana untuk menikmati hidangan berkenaan dan keadaan menjadi lebih kecoh ketika salah satu Roti Tisu hampir terjatuh dan berterabur.
Selalunya rakyat tempatan akan beli satu Roti Tisu untuk berkongsi bersama kerana saiznya yang besar. Tetapi disebabkan mereka tidak tahu, pelawak-pelawak itu telah membeli hidangan tersebut bagi setiap orang. Memang jenuh nak habiskan!
Baca Artikel Berkaitan: “Macam Mana Nak Makan?” – Pelancong Korea Terkejut Tengok Roti Tisu Di Kedai Mamak, Semua ‘Order’ Yang Sama Pula Tu!
Baca Artikel Berkaitan: “Malaysians Are Wonderful People” – Tular Orang Awam & Mat Salleh Bantu Kutip Tin Atas Jalan [Vide