“Everyone Seems Very Happy” – Ini Pendapat Mat Saleh Tentang Pros & Cons Melancong Di Malaysia
Antara kebaikan yang disebut oleh pelancong asing dari Poland itu adalah sikap penduduk tempatan yang sering mengukirkan senyuman.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Malaysia merupakan antara ‘spot’ yang paling digemari oleh pelancong asing serata dunia kerana keunikan kaum, budaya dan bermacam-macam lagi.
Seperti yang anda boleh lihat di platform media sosial, ramai traveller atau blogger mula menerokai budaya negara ini dan mempromosikannya kepada kenalan di tempat asal.
Ada juga di antara mereka yang sanggup berhijrah ke Malaysia kerana jatuh cinta dengan gaya hidup yang berbeza.
Pandangan Mat Saleh Tentang ‘Pros’ Melancong Ke Malaysia
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@agaeatskl) apabila seorang wanita dari Poland yang dikenali sebagai Aga sedang menemu bual ibu bapanya yang kini sedang bercuti di Malaysia.
Difahamkan Aga menetap di Malaysia sejak beberapa tahun lalu dan sering memuat naik video dirinya mencuba benda-benda baru seperti makanan dan meraikan perayaan pelbagai kaum.
Dalam video yang dikongsi, Aga telah bertanya kepada orang tuanya pandangan mereka tentang pros and cons (kebaikan dan keburukan) sewaktu bercuti ke negara ini. Antaranya adalah:
Pros:
#1. Sikap rakyat Malaysia
Kebaikan pertama yang dikatakan oleh ibu Aga adalah senyuman manis yang diberikan penduduk tempatan kepada mereka sepanjang percutian.
Jelas ibunya, senyuman yang terukir di wajah rakyat tempatan menunjukkan seolah mereka bahagia dengan kehidupan masing-masing.
Malah ibu bapa Aga juga menyifatkan rakyat Malaysia sebagai individu yang bertimbang rasa selain berkata ia sebuah negara yang mempunyai banyak diversiti dalam pelbagai aspek.
Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Menangis Terharu Kerana Jumpa Ramai Rakyat Malaysia Yang Baik Hati
#2. Makanan lazat
Bila sebut sahaja Malaysia sudah tentu ramai bersetuju ini adalah antara negara yang mempunyai makanan yang lazat serta kaya dengan rempah ratus.
Kenyataan itu juga turut dipersetujui oleh bapa Aga di mana dia menggemari makanan tempatan selain menikmati cara makan di sini iaitu menggunakan tangan berbanding sudu dan garfu.
#3. Kaya dengan flora & fauna
Seperti semua sedia maklum, Malaysia kaya dengan flora dan fauna. Keadaan ini membuatkan ayah Aga jatuh hati kerana dapat menikmati pemandangan ‘hijau’ sepanjang melancong di negara ini.
Menurut ibu kepada explorer itu, dia juga menikmati waktu malam yang hangat dan nyaman.
Pendapat Mat Saleh Tentang ‘Cons’ Bercuti Di Malaysia
Seterusnya, ibu bapa Aga juga telah menyenaraikan beberapa perkara atau pengalaman yang kurang digemari sewaktu bercuti di Malaysia.
Cons:
#1. Waktu siang yang singkat
Jika dibandingkan dengan negara asal mereka, Aga berkata waktu siang di Poland adalah lebih panjang pada musim panas yang mana ia akan mula beransur gelap pada kira-kira jam 10 malam.
Manakala di Malaysia pula, langit akan mula gelap sekitar menjelangnya pukul 7 – satu tempoh yang agak singkat buat mereka.
#2. Trafik Sesak
Seterusnya bapa Aga juga ada menyebut tentang trafik yang dipercayai merujuk kepada kesesakan jalan raya.
#3. Fasiliti pejalan kaki
Ibu Aga pula berkata fasiliti pejalan kaki di Malaysia juga agak kurang menyebabkan mereka susah untuk bergerak ke mana-mana. Mereka juga tidak dapat membiasakan diri untuk berjalan kaki di bahu jalan raya.
Netizen Beri Reaksi Positif Terhadap Pendapat Ibu Bapa Aga
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen telah memberikan kata-kata positif terhadap pandangan yang dilontarkan oleh ibu bapa Aga mengenai pros and cons berada di Malaysia. Ramai juga yang mengucapkan terima kasih atas pujian yang diberikan.
“Terima kasih untuk semua pujian. Kamu sentiasa dialu-alukan untuk datang ke Malaysia,” kata seorang individu.
Malah, ramai juga warganet dilihat mempromosikan negeri masing-masing dan berharap pelancong asing itu akan merasai makanan lain jika berkesempatan.
“Bawa mak ayah pergi pusing Pantai Timur. Kelantan makanan best, Terengganu pun best. Pulau dan pantai dia (Terengganu) cantik,” kata seorang lelaki.
Sementara itu, ada juga warga Singapura berkongsi pengalaman lebih kurang sama di mana dia menikmati hidangan di negara ini.
“Saya warga Singapura. Saya suka pergi ke Malaysia juga lebih-lebih lagi Penang dan Ipoh. Suka makanan di sana dan penduduk tempatan juga friendly,” jelas netizen dari Singapura itu.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Mat Saleh Terbang Ke Malaysia Demi Sambut Ramadan, Kagum Dengar Laungan Azan
Baca Artikel Berkaitan: “Malaysians Are Wonderful People” – Tular Orang Awam & Mat Salleh Bantu Kutip Tin Atas Jalan [Video]