fbpx
Now Reading
Atuk Umur 89 Tahun Peluk Agama Islam Raih Perhatian [Video]

Atuk Umur 89 Tahun Peluk Agama Islam Raih Perhatian [Video]

Seorang pakcik berbangsa Cina dikenali sebagai Shi Xin Hua dilihat sedang melafazkan dua kalimah syahadah sebelum sah bergelar seorang Muslim.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Islam merupakan sebuah agama yang indah dan mudah di mana penganutnya mempercayai Allah SWT sebagai Tuhan Yang Maha Esa.

Malah, ramai juga dalam kalangan kaum dan agama lain turut melihat kebaikan dan keseronokan Islam sehingga ia menjadi asbab kepada penghijrahan mereka.

Seperti sebelum ini, dua orang pelancong wanita dari Jepun telah memeluk agama Islam selepas mendengar bacaan ayat al-Quran ketika Majlis Saringan Tilawah Al-Quran di Masjid Negara.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Pelancong Jepun Peluk Islam Lepas Jatuh Cinta Dengar Alunan Ayat Al-quran Di Masjid Negara

Baca Artikel Berkaitan: “Hikmah Kepadaku Untuk Berhijrah” – Penjaga Blake Peluk Islam


Pakcik Cina Peluk Agama Islam Ketika Usia 89 Tahun

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@yushang_shi), menyaksikan momen menyentuh hati apabila seorang pakcik berbangsa Cina dikenali sebagai Shi Xin Hua, 89, sedang melafazkan dua kalimah syahadah untuk memeluk agama Islam.

Menerusi video klip yang dimuat naik, pakcik itu kelihatan tenang dan berjaya mengucap syahadah dengan lancar.

Detik yang dikongsikan oleh anak lelaki yang dikenali sebagai Yushang sememangnya membuatkan orang ramai berasa sebak kerana tidak menyangka individu yang sudah lanjut usianya berkesempatan diberi hidayah sebegitu rupa oleh Allah SWT.

Ayah secara rasmi menjadi seorang Muslim hari ini!

Yushang.

Reaksi Netizen Lihat Penghijrahan Xin Hua Ke Agama Islam

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut bergembira dengan khabar baik dikongsikan oleh Yungshang itu.

“Bahagia milikmu jua, itu adalah kekuasaan Allah. Tahniah, saya juga tumpang gembira untuk pakcik,” kata seorang wanita.

Segelintir pengguna laman TikTok juga berasa sebak mengenangkan nasib si Xin Hua yang diampunkan segala dosanya terdahulu sejurus memeluk agama Islam.

“Syukur alhamdulillah. Bersihnya diri bagaikan sehelai kain putih. Bagaikan anak yang baru dilahirkan di dunia. Indahnya Islamku,” ujar seorang individu.

Sementara itu, ramai umat beragama Islam dilihat mengalu-alukan kedatangan pakcik tersebut dalam kehidupan baru yang bakal ditempuhinya.

“Alhamdulillah. Selamat datang saudara baru. Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik semasa menjalankan ibadah kepada Allah,” jelas seorang netizen.

Sumber: TikTok (@yushang_shi)

Lelaki Kongsi Perjalanan Bapa Belajar Tentang Islam

Sejak beberapa hari lalu, Yungshang yang juga pemilik Restoran Cina Muslim Kui Guang Ge di Jalan Kuchai Kuala Lumpur telah berkongsi dengan pengikutnya tentang perjalanan bapanya yang ingin belajar dengan lebih mendalam tentang Islam.

Dalam video sebelum ini, Xin Hua telah hadir ke sebuah masjid untuk belajar cara-cara mendirikan solat dan tatatertibnya seperti mengangkat takbir, rukuk dan sujud.

Yungshang ketika dihubungi Buzzkini berkata, bapanya satu masa dahulu pernah cuba untuk mendirikan solat di sebuah masjid berhampiran rumahnya dengan niat hanya untuk berdoa. Namun amalan itu tidak diteruskan selepas beberapa tempoh waktu tertentu.

Jelas Yungshang lagi, ayahnya pernah menetap di China sebelum ini. Bagaimanapun, penghijrahan ke Malaysia telah menyedarkannya tentang kepentingan seseorang beribadah kepada Tuhan.

Selain itu, Xin Hua juga pernah menyarungkan pakaian yang sesuai dibawa solat seperti jubah dan juga kopiah di kepalanya.

Bahkan, pakcik tersebut turut menyertai jemaah lain bagi mendengarkan laungan azan oleh bilal di Masjid Putra, Putrajaya.


Xin Hua Belajar Cara Ambil Wuduk

Perjalanan mengenali dunia Islam tidak terhenti di situ sahaja, Xin Hua juga mempelajari cara-cara mengambil wuduk. Walaupun pada awalnya tidak sempurna, namun hari demi hari, warga emas tersebut berjaya mengambil air sembahyang dengan langkah-langkah yang tepat.

“Mesti belajar bersungguh-sungguh dan beribadah kepada Tuhan dengan khusyuk!” kata si bapa kepada anaknya.

Bersempena dengan bulan Ramadan yang tiba sekali sahaja dalam setahun mengikut kalendar Islam, Xin Hua tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menunaikan solat sunat Tarawih di surau.

@yushang_shi

الله أكبر Allah Akbar 安拉至大

♬ Rahmatun Lil’Alameen – Maher Zain

Alhamdulillah, jika anda lihat sendiri video tersebut, pasti anda akan berasa bangga melihat ‘progress’ pakcik yang bersungguh-sungguh. Semoga penghijrahan ini membawa berkat dalam kehidupan Xin Hua yang akan menyusul.

Baca Artikel Berkaitan: Pencetus #QuranBookClub Di TikTok Peluk Islam, Ujar Fahami Kekuatan Diri Rakyat Palestin Menerusi al-Quran

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.