fbpx
Now Reading
MR D.I.Y. PLUS Lancar Konsep Antarabangsa Di Cawangan Baru, IPC Shopping Centre

MR D.I.Y. PLUS Lancar Konsep Antarabangsa Di Cawangan Baru, IPC Shopping Centre

MR D.I.Y. PLUS ‘superstore’ ini menawarkan pengalaman membeli-belah menarik dan berwarna-warni untuk menggembirakan pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

MR D.I.Y. PLUS, ‘superstore’ mampu milik kegemaran Malaysia, hari ini (29 Mac) telah melancarkan konsep antarabangsa di cawangan terbaharunya di IPC Shopping Centre.

Mendapat inspirasi daripada ikon antarabangsa terkenal seperti Dubai’s Miracle Garden, belon udara panas Turki yang terkenal di Cappadocia, dan hiasan Hari Raya Aidilfitri terkenal di Timur Tengah, ‘superstore’ ini menawarkan pengalaman membeli-belah menarik dan berwarna-warni untuk menggembirakan pelanggan.

Ia juga menampilkan rangkaian penuh alat dan peralatan perkakasan EMTOP buat kali pertama. Menarik, ya.

Sumber: Buzzkini

Kesemua Empat Jenama Daripada Kumpulan MR DIY Di Bawah Bumbung Yang Sama

‘Superstore’ ini berkeluasan lebih 23,000 kaki persegi dan produknya terdiri daripada empat jenama yang berada di bawah bumbung Kumpulan MR D.I.Y [M] Berhad – MR D.I.Y., MR. DOLLAR, MR. TOY, dan EMTOP.

Ia juga mempunyai beberapa ciri unik termasuk dinding interaktif, sudut eko, ruang acara untuk bengkel dan aktiviti, serta sudut direka khas secara kreatif dan sangatlah ‘Instagrammable’.

Sumber: Buzzkini

“Ini adalah MR D.I.Y PLUS bertema pertama kami. Komitmen kami kepada para pelanggan adalah untuk sentiasa mencipta konsep baharu bagi memastikan pengalaman membeli-belah mereka menarik.

“Kami tahu bahawa rakyat Malaysia gemar melancong dan mengambil gambar, justeru kami membina sebuah ‘superstore’ yang mempamerkan keindahan beberapa tempat ikonik di dunia untuk meningkatkan pengalaman membeli-belah buat para pelanggan dan memberi lebih keseronokkan.

“Mutiara Damansara merupakan kawasan kediaman yang kukuh dengan minda membeli-belah yang matang. Para penduduk di sini sudah pasti menghargai pelbagai keperluan harian serta nilai yang kami tawarkan untuk perbelanjaan seisi rumah, dengan ruang yang selesa, ceria dan mesra yang telah kami reka untuk mereka di sini.

Sumber: Buzzkini

“Kami mengucapkan terima kasih kepada pengurusan IPC Shopping Centre, yang bekerjasama dengan kami untuk merealisasikan visi ini. Kami mahu para pelanggan terhibur, berseronok, mempelajari sesuatu, dan mendapat inspirasi semasa membeli-belah untuk keperluan harian pada ‘Always Low Prices’,” jelasAdrian Ong, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MR D.I.Y. [CEO].


Aktiviti & Promosi Perayaan

Sebagai sebahagian daripada sambutan pembukaan rasmi bagi cawangan baharunya ini, Kumpulan MR D.I.Y. mengadakan beberapa siri aktiviti dan promosi perayaan bermula dari 29 hingga 31 Mac 2024.

Jenama MR. D.I.Y telah dilancarkan pada 2005, diikuti oleh MR. TOY pada 2019, MR. DOLLAR pada 2020, MR. D.I.Y. Express pada 2021 dan MR. D.I.Y. PLUS pada 2022.

Kumpulan MR D.I.Y. ini juga merupakan pemegang francais utama jenama EMTOP di Malaysia, dan membuka cawangan EMTOP pertamanya pada 2023. Kumpulan MR D.I.Y. kini mempunyai lebih daripada 1,200 cawangan di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut tentang MR.D.I.Y. PLUS, layari laman web MR D.I.Y.platform e-dagang, dan saluran media sosial di  Facebook Instagram, dan TikTok.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.