fbpx

Tindakan Netizen Serang Ceddy Membabi Buta Kerana Promosikan Produk Dutch Lady Raih Perhatian Ramai

Lebih mengeruhkan keadaan lagi apabila siaran live oleh Ceddy di laman TikTok Dutch Lady Malaysia itu bertukar dari isu boikot kepada berbaur perkauman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak belakangan ini, isu memboikot barangan dan jenama yang dikaitkan dengan Israel semakin serius dalam kalangan masyarakat. Ini menyebabkan ramai yang lebih berhati-hati dalam melakukan pembelian.

Ia secara tidak langsung mengakibatkan lambakan produk-produk terkenal yang tidak terjual di pasar raya selepas orang ramai mula mencari jenama alternatif dari jenama tempatan.

Tindakan untuk memboikot ini tidak salah, tetapi anda sebagai pengguna perlu membuat kaji selidik terlebih dahulu dan tidak melakukannya secara membuta tuli.

Baca Artikel Berkaitan: Jika Ingin Boikot Produk Dari Israel, Pastikan Anda Guna Cara Yang Betul & Efektif


Ceddy Terima Kecaman Netizen Selepas Promosikan Produk Dutch Lady Di Live TikTok

Terbaharu, influencer dan ‘reviewer’ makanan Ceddy telah diserang oleh segelintir netizen ketika melakukan siaran live di TikTok Dutch Lady Malaysia untuk kempen mempromosikan jenama berkenaan.

Menerusi ciapan dimuat naik di laman X (@CeddyOrNot), influencer itu meluahkan rasa sedih dengan beberapa komen netizen yang mendakwa jenama susu berkenaan memberi sokongan kepada Israel.

Malah, ada juga netizen yang dikatakan keliru antara Dutch Lady dan satu lagi jenama popular.

Namun keadaan bertukar menjadi lebih keruh apabila tuduhan negatif yang mengaitkan Dutch Lady dan Israel secara tiba-tiba bertukar menjadi serangan peribadi terhadap Ceddy serta berbaur perkauman.

Perkara yang berlaku ini membuatkan Ceddy berasa kecewa apatah lagi ia berlaku di bulan Ramadan.

Bulan Ramadan kot. Saya dah cuba yang terbaik untuk cuba menghormati dan saya betul-betul suka dengan bulan ini. Saya tak minta banyak, cuma mungkin jadi lebih baik sikit? 

Ceddy.

Netizen Beri Kata-kata Semangat Kepada Ceddy

Tindakan segelintir netizen yang menyerang Ceddy kerana mempromosikan produk dari Dutch Lady itu membuatkan ramai pengguna di laman X yang tidak bersetuju dengan perbuatan tersebut.

Kebanyakan netizen dilihat memberikan kata-kata semangat kepada Ceddy untuk tidak menghiraukan segala kecaman dari orang ramai terhadap dirinya.

Lebih menyentuh hati lagi, ada juga netizen yang memberikan sokongan terhadap influencer ini dengan cara mahu menonton siaran live tersebut pada masa akan datang.

“Bila nak buat live lagi? I nak masuk support,” kata netizen.

Pada masa yang sama, seorang netizen secara sukarela dilihat tampil meminta maaf bagi pihak komuniti berbangsa Melayu selepas melihat kecaman yang diberikan kepada Ceddy.

“Bagi pihak komuniti Melayu, saya minta maaf Ceddy kena serang dengan mereka ketika siaran live,” ujar netizen.

Sumber: X

Asal Usul Produk Dutch Lady

Sebagai info, Dutch Lady Milk Industries Berhad (DLMI) adalah anak syarikat FrieslandCampina iaitu salah satu syarikat tenusu terbesar di dunia yang berasal dari Belanda.

Malah produk ini Dutch Lady juga telah disahkan Halal oleh Bahagian Hub Halal dari Jabatan Kemajuan, Jabatan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIS)dan diiktiraf Badan Pensijilan Halal Luar Negara dan Pihak Berkuasa.

Memetik laporan Malaysian Investment Development Authority (MIDA), syarikat ini mula wujud di Malaysia pada tahun 1963 di mana syarikat Royal Friesland Foods NV (RFF) mempunyai keyakinan untuk membina kilang pertama seluas 10 ekar di Petaling Jaya, Malaysia.

Pada tahun 1968, DLMI juga mencipta sejarah apabila menjadi syarikat tenusu pertama yang tersenarai di Bursa Saham tempatan.

Hasil carian kami mendapati bahawa tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa Dutch Lady memberi sokongan terhadap kekejaman tentera Israel kepada rakyat Palestin.

Baca Artikel Berkaitan: Isu Boikot: Boleh Ke Kita Kecam Individu Beli Barangan Dari Produk Yang Perlu Diboikot?

Baca Artikel Berkaitan: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.