fbpx
Now Reading
Dibuang Kerja & Kereta Ditarik, Antara Sebab Ramai Tak Balik Kampung Raya Tahun Ini

Dibuang Kerja & Kereta Ditarik, Antara Sebab Ramai Tak Balik Kampung Raya Tahun Ini

Segelintir netizen menjelaskan bahawa mereka tidak pulang ke kampung karana ingin mengutapak yuran persekolahan anak-anak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam sedar tak sedar, tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 10 April ini.

Ada yang rasa gembira untuk menyambut lebaran dan ada juga yang sedih kerana harus berpisah dengan bulan Ramadan.

Namun, yang pastinya sudah tentu kebanyakan orang ketika ini telahpun mempersiapkan pelbagai persiapan untuk menyambut Aidilfitri seperti membeli baju raya dan sebagainya.

Ada yang sudah kemas baju untuk pulang ke kampung

Malah, ada juga yang telahpun mengemas pakaian dan barang-barangan lain untuk dibawa beraya di kampung. Pasti tak sabar rasa di hati untuk berjumpa ahli keluarga dan saudara-mara yang selama ini jarang sekali bertemu.

Mungkin ada juga individu yang ketika ini sudah berada di kampung lebih awal lagi kerana ingin meluang waktu yang lama di sana atau untuk mengelak kesesakan jalan raya ketika cuti nanti.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Malaymail)

Rupanya ramai yang tak balik kampung

Pun begitu, ternyata masih ramai lagi anak perantauan yang terpaksa memilih untuk tidak pulang ke kampung halaman pada raya tahun ini.

Pendedahan dan luahan orang ramai mengenai perkara itu dilakukan di ruangan komen hantaran carousel di akaun TikTok @cikguding.

“Tak beli baju raya takpa lagi. Rupanya ramai yang tak balik beraya tahun ini. Yang tak balik sila hadir.

“Boleh tahu kenapa, mana tahu kita-kita boleh bantu,” tulisnya

Memindai ke ruangan komen, pelbagai jawapan yang diberikan oleh netizen. Ada individu yang meluahkan dia tidak balik ke kampung pada raya ini kerana risau jika ibu tidak dapat menerima dirinya atas sebab konflik yang pernah berlaku pada 10 tahun lalu.

Luah individu itu, perasaan rindunya terhadap insan terbabit amat membuak-buak ketika ini.

Masalahan kewangan antara punca utama ramai tak balik beraya

Lebih menyedihkan, terdapat juga individu yang tidak dapat pulang atas sebab masalah kewangan kerana sudah dibuang kerja.

Malah seorang wanita juga meluahkan bahawa dia bersama keluarganya tidak dapat pulang beraya di kampung kerana kenderaan mereka baru sahaja ditarik dan kini hanya memiliki sebuah kereta kompak Perodua Kelisa.

“Tak boleh balik raya, kereta rosak. Baju raya untuk anak dan isteri pun tak dapat beli. Duit hanya cukup-cukup untuk bayar rumah, bil air dan elektrik dan barang dapur itu sahaja,” luah seorang lagi pengguna.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga menyatakan bahawa mereka tidak pulang ke kampung untuk beraya kerana kekurangan wang yang perlu diutamakan untuk membayar yuran persekolahan anak-anak.

Jika selama ini kita rasa diri kita cukup susah dan ditimpa pelbagai ujian, maka baca lah komen-komen DI SINI untuk belajar erti lebih bersyukur.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.