fbpx
Now Reading
Pelajar China Terharu, Rakyat Malaysia Gigih Keluarkan Tayar Kereta Tersangkut Dalam Longkang Semasa 1 Syawal

Pelajar China Terharu, Rakyat Malaysia Gigih Keluarkan Tayar Kereta Tersangkut Dalam Longkang Semasa 1 Syawal

Jelas pelajar wanita itu yang dikenali sebagai Koko, semua orang yang lalu di jalan raya itu akan berhenti untuk memberi bantuan meskipun ketika mereka sedang menyambut Aidilfitri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita yang juga pelajar antarabangsa dari China di Malaysia terharu dengan kebaikan rakyat negara ini kerana sudi membantu mengeluarkan keretanya yang tersangkut di dalam longkang meskipun sedang sibuk menyambut Hari Raya Aidilfitri (10 April).

Menerusi hantaran di akaun Douyin (TikTok China) milik wanita itu, dia yang dikenali sebagai Koko menceritakan kejadian itu berlaku di sebuah kampung yang majoriti penduduknya adalah berbangsa Melayu semasa dia melawat guru-gurunya.

“Saya dan dua rakan saya, semua perempuan, tidak tahu apa yang harus dilakukan dalam situasi tersebut,” katanya yang dipetik Weird Kaya.

Tak perlu tunggu lama, penduduk kampung yang lalu cepat cuba beri bantuan

Menurutnya, dia tidak perlu menunggu lama selepas kenderaannya itu tersangkut kerana penduduk di kampung terbabit yang melihat kejadian berkenaan dengan segera memberi pertolongan.

Jelas Koko, semua orang yang lalu di jalan raya itu akan berhenti untuk memberi bantuan meskipun ketika itu mereka sedang menyambut Aidilfitri.

Menerusi video tersebut, semua individu yang tampil memberikan pertolongan dilihat memakai baju Melayu.

“Ada yang turun dari kereta, yang lain dari motosikal, semua mereka berhenti dan cuba membantu.

“Tidak ada sesiapa yang hanya lalu atau meneruskan hari mereka, sebaliknya mereka sangat fokus untuk memberikan bantuan,” katanya lagi.

Ada yang cuba bantu angkat kereta, ada yang jaga laluan

Menurutnya lagi, beberapa individu cuba membantu mengangkat keretanya, manakala yang lain membantu mengawal lalu lintas bagi mengelakkan kesesakan atau kemalangan.

Koko menjelaskan bahawa dia tahu Malaysia adalah negara dengan penduduk yang luar biasa, sentiasa bersedia untuk membantu.

“Rakyat Malaysia sentiasa membuat saya terkejut dengan hati mereka yang baik. Saya benar-benar mencintai negara ini dan menganggap sebagai rumah kedua saya.” ujar Koko.

Untuk video penuh, boleh klik DI SINI.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen di Douyin yang berasal dari Malaysia turut memuji sifat prihatin yang ditunjukkan penduduk kampung tersebut yang rata-ratanya berbangsa Melayu.

Apa yang lebih menyentuh hati, apabila ramai rakyat Malaysia berbangsa Cina mendedahkan orang Melayu sememangnya peka dan ringan tulang untuk membantu mereka yang ditimpa musibah di jalan raya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.