fbpx
Now Reading
“Padu Kak”- Aksi Sekumpulan Wanita Bangsa India Menari Lagu ‘Alamak Raya’ Buat Ramai Teruja [Video]

“Padu Kak”- Aksi Sekumpulan Wanita Bangsa India Menari Lagu ‘Alamak Raya’ Buat Ramai Teruja [Video]

Wow sebab teruja tengok akak Cine Dance menari, ramai yang nak buat video respon semasa Deepavali nanti dengan memakai Sari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas sebulan umat Islam berpuasa, maka pada 10 April lalu kita semua meraikan kemenangan dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Bila tibanya Hari Raya kami percaya bukan hanya umat Islam yang menyambutnya tetapi seluruh masyarakat berbilang bangsa khususnya di Malaysia.

Sekumpulan penari wanita buat tarian alamak raya jadi perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok memaparkan sekumpulan wanita berbangsa India turut tidak melepaskan peluang apabila turut meraikan lebaran ini dengan persembahan tarian menggunakan lagu ‘Alamak Raya’ dari kumpulan penyanyi De Fam.

Alah, lagu yang korang terngiang-ngiang ‘alamak, alamak’ tu 🤣.

Menerusi video tersebut, sekumpulan wanita itu dipercayai merupakan penari daripada kelas tarian Cine Dance di Seremban. Apa yang menarik perhatian ramai adalah aksi lincah mereka menari lagu berkenaan lengkap dengan pakaian raya.

Siap lengkap pakai baju raya

Ada yang dilihat memakai kebaya, baju kurung serta banyak lagi. Selain itu mereka juga dilihat begitu bertenaga mengikut setiap gerak tarian seakan sama seperti dalam muzik video lagu terbabit.

Bukan hanya itu, video yang dirakam di sekitar Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Seremban dengan menunjukkan rumah kampung juga membuatkan klip ini rasa seperti pulang ke halaman untuk beraya.

Ramai teruja, siap ada yang nak balas balik bila tiba Deepavali

Gelagat kumpulan penari itu secara tidak langsung turut menarik perhatian warganet yang teruja dengan tarian yang dilakukan.

Malah ada yang berpendapat tarian itu perlu dibalas apabila tiba perayaan Deepavali yang disambut oleh kebanyakan masyarakat India. Tidak kurang juga ada yang ingin memakai Sari semasa melakukan video tersebut.

Bukan itu sahaja, ada juga yang memuji setiap penari kelihatan cantik dengan baju raya yang dipakai.

@cine_dance

ALAMAK RAYA LAGI by Cine Dance 🎉✨ We put our hearts into it and hope you love it as much as we do. Please watch and share it with your friends and family🌻 @De Fam @Azira Shafinaz @cikmanggis @Sophialiana 📍 Lembaga Muzium Negeri Sembilan Dancers: @Thaneswari Rajenthiran @Matheyarasi Sugumar @Nisha_official @Huma15 @kishalini @_harrshala_ @itz.pavv_ @jeyavicknesjeyraman @yuvnahere @tamaraa_4177 @neena_ramu Video/editor: @via.clicks @K I S H E N_R A O #teamcinedance #cinedance #alamak #alamakrayalagi #raya #raya2024 #selamathariraya #dance #rayadance

♬ Alamak Raya Lagi – SY4ZW4NI

Ambil masa 3 hingga 4 jam rakam video

Melihat di ruangan komen pihak Cine Dance memaklumkan mereka mengambil masa sekitar tiga hingga empat jam untuk merakam video tarian tersebut.

Video tarian kumpulan wanita ini tidak hanya viral di TikTok tetapi ia juga sohor di laman X serta mendapat pujian ramai.

“Tunggu Deepavali nanti aku nak pakai Sari nak balas balik”

“Padu lah akak-akak ni.. kita satu negara berlainan bangsa, tapi kita semua sama. Raya kamu kami sambut.. raya kami kamu sambut. Kita sama-sama sambut”

“Kak nanti Deepavali tunggu video macam lagu alamak versi tamil ya, please”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.