fbpx
Now Reading
Pemandu Bas Di Indonesia Bawa Semua Penumpang Beraya Di Rumah [Video]

Pemandu Bas Di Indonesia Bawa Semua Penumpang Beraya Di Rumah [Video]

Menurut pemilik akaun TikTok tersebut, dia tidak sangka rupanya dalam diam pemandu bas berkenaan membawa semua penumpang bas ke rumah mentua untuk dijamu ketika Hari Raya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali tibanya Hari Raya pasti ramai yang mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung bagi meraikannya bersama keluarga dan sanak-saudara.

Namun sudah menjadi lumrah sebagai manusia kita hanya mampu merancang, kadang kala perjalanan menjadi tergendala disebabkan beberapa perkara seperti jalan sesak, kenderaan rosak, tiket bas tiada dan banyak lagi.

Malah ada juga yang terpaksa bekerja ketika semua umat Islam sedang menyambut satu Syawal.

Pemandu bas bawa semua penumpang makan di rumah mentua pada Hari Raya

Baru-baru ini, tular video di media sosial apabila seorang pemandu bas di Sulawesi, Indonesia bertindak membawa kesemua penumpangnya ke rumah mentua untuk menjamu mereka makan semasa Hari Raya Aidilfitri.

Tindakan pemandu bas yang dikenali sebagai Syatir itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai.

Perkara itu menjadi sohor, selepas terdapat salah seorang daripada penumpangnya memuat naik video di TikTok menceritakan tentang kebaikan pemandu tersebut.

Dalam perjalanan pulang ke Makassar

Menerusi video yang dikongsikan @octavpietherdjumapny, ketika itu dia sedang dalam perjalanan untuk pulang ketika Hari Raya Aidilfitri pertama pada 13 April lalu.

Menurut laporan Liputan6, Octavpietherdjumapny memaklumkan perjalanan ke Makassar memakan masa selama 24 jam dan mereka meninggalkan Palu, Sulawesi pada sehari sebelum raya.

“Terima kasih pemandu bas Borlindo Palu Makassar. Lebaran hari pertama, kami masih dalam perjalanan pulang. Siang jam 12 tengah hari saya berasa lapar namun semua kedai makan tutup.

“Dalam diam, pemandu bas bawa kami ke rumah mentuanya dan menjamu makanan di hari lebaran,” katanya dalam video.

Semua penumpang makan dengan penuh berselera

Dalam video tersebut dapat dilihat kesemua penumpang makan dengan penuh berselera malah Octavpietherdjumapny turut berterima kasih kepada pemandu berkenaan.

Dia juga berharap Allah akan melindungi pemandu berkenaan kerana telah melakukan kebaikan kepada semua penumpang.

Ucap terima kasih kepada orang ramai doakan kesejahteraannya

Memetik laporan Tribunnwes, susulan daripada tularnya video tersebut. Syatir kemudiannya tampil di ruangan komen mengucapkan terima kasih kerana mendoakannya.

Perkara itu kemudiannya dijawab oleh pemilik akaun dan berharap agar mereka bertemu lagi.

Melihat di ruangan komen, ramai yang terharu dengan sikap Syatir malah akaun TikTok peribadinya turut dihujani dengan pujian warganet meskipun video tersebut bukan di muat naik olehnya.

“Puji tuhan, walaupun masih dalam perjalanan tapi rasa lebaran di rumah masing-masing, sebab ada orang baik dan keluarga telah menyediakan santapan makan siang bersama seluruh penumpang bas”
“Masyaallah, Allah titipkan rezeki daripada pemandu bas. Murah rezeki seluruh keluarga yang menyediakan makanan, panjang umur, sihat selalu orang baik”
“Murah selalu rezekinya encik”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.