fbpx

“Takkan Makan Sini Lagi” -Pelanggan Terkejut Jumpa Tikus Berkeliaran Dalam Besen Pinggan Di Restoran

Lelaki berkenaan turut mengingatkan orang lain agar tidak ke kedai berkenaan sebaik melihat tikus berkeliaran di besen pinggan kotor dipercayai milik premis terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap peniaga makanan perlulah menjaga kebersihan bermula daripada pengendalian makanan, persekitaran dan sebagainya.

Ini kerana, ia bertujuan untuk memastikan tidak ada kes keracunan berlaku kepada pelanggan yang membeli makanan di jual oleh mereka.

Walau bagaimanapun, masih ada yang tidak mengendahkannya malah tetap membuka kedai makan meskipun premis mereka kotor.

Tikus dalam besen pinggan kotor berkeliaran

Baru-baru ini, seorang pelanggan di sebuah kedai makan dekat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur telah berkongsi satu rakaman video memaparkan seekor tikus sedang berkeliaran di dalam bekas pinggan kotor.

Menerusi video yang dikongsikan Malaysia Most Viral di X, difahamkan lelaki berkenaan makan di restoran terbabit bersama rakannya. Dia kemudian pergi ke arah besen pinggan kotor untuk menunjukkan tikus yang berkeliaran di sekitar kedai terbabit.

Malah dia turut menyifatkan tikus tersebut sangat besar. Sebaik lelaki itu mendekati bekas tersebut, tikus berkenaan segera lari keluar mengikut dinding berdekatan besen terbabit.

“Weh buat hal lah kedai ni ada tikus pula, uish besar dia. Macam ni je tikus. Ha aku dekat kedai Jalan Ipoh ni, betul-betul dekat PWTC,” kata si perakam.

Hasil carian kami, video berkenaan telah dimuat naik di TikTok sekitar awal April lalu sebelum ia sohor di X.

Ingatkan orang ramai lupakan hasrat untuk datang kerana kotor

Pelanggan terbabit dalam masa sama turut mengingatkan orang ramai untuk tidak ke kedai berkenaan disebabkan persekitaran kotor restoran terbabit. Dia juga meminta orang ramai untuk berhati-hati.

“Aku takkan makan sini dah, percayalah. Makan pun capati, ayam tandori (tunjuk makanan dipesannya).

“Alamak spoil lah, korang jangan datang tau. Kedai dia betul-betul belakang PWTC sebelah Hospital Damai,” katanya lagi dalam video berkenaan.

Walau bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan lanjut berhubung perkara ini daripada pihak berkuasa.

Netizen minta pihak berkuasa pantau

Malah akaun media sosial yang berkongsi video tersebut turut meminta pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa untuk membuat siasatan berhubung isu tersebut.

Melihat di ruangan komen, ada juga yang menasihatkan orang ramai jangan makan di sesebuah kedai sekiranya mereka tidak mempunyai logo A (status kebersihan diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia).

Tidak kurang juga ada yang meminta perakam untuk membuat laporan terus kepada pihak berkaitan.

“Mana pihak kesihatan tolong pantau mana-mana kedai makan”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.