fbpx

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila sebut sahaja Malaysia, sudah pasti ramai akan terfikir keindahan alam semula jadi, pulau yang cantik serta juadah makanan yang menarik perhatian.

Malah Kuala Lumpur telah dinobatkan bandar keempat terbaik di Asia-Pasifik yang menjadi kegemaran orang ramai untuk melancong.

Pun begitu, mungkin ada masanya terdapat sedikit halangan bagi menikmati percutian tersebut atas faktor cuaca yang tidak menentu, lebih-lebih lagi jika anda melakukan aktiviti ‘outdoor’.


Pelancong China Stres Hujan Selalu Turun Di Kuala Lumpur

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Xiaohongshu (XHS) apabila seorang pelancong dari China dikenali sebagai Xiao Huihui meluahkan kekecewaannya apabila bercuti ke Malaysia.

Jelasnya, ketika melawat Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, secara tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Namun sangkaannya yang hujan akan surut selepas seketika meleset apabila hujan terus turun mencurah-curah.

Sumber: XHS Xiao Huihui

“Kami cuba menelefon teksi, tetapi tiada seorang pemandu pun yang boleh ke Dataran Merdeka hingga menyebabkan kami terpaksa batalkan beberapa tempahan.

“Akhirnya, kami terpaksa berlari seperti orang g*la dalam hujan,” keluh pelancong tersebut melalui ruangan kapsyen.

Sumber: XHS Xiao Huihui

Menerusi video perkongsian, lelaki tersebut bersama seorang wanita sedang sibuk berlari bagi mengelakkan hujan lebat yang turun sekitar Dataran Merdeka.


“Betul-betul Nak Nangis Di Kuala Lumpur”

Berbicara lebih lanjut mengenai percutiannya di Malaysia, Huihui berkata dia juga hampir terlepas penerbangannya ke sini selain mendapat servis kurang memuaskan dari pangsapuri yang dia tinggal.

Tambah pelancong berkenaan, hujan yang tidak menentu membuatkan dia tidak boleh bergerak ke mana-mana tanpa menggunakan payung.

Oleh disebabkan itu, dia perlu menggunakan perkhidmatan e-hailing sepanjang masa untuk menuju ke sesuatu tempat di bandar tersebut.

Saya berlari masuk ke dalam teksi bagai tikus yang basah (disebabkan selalu terkena hujan). Saya betul-betul nak menangis di Kuala Lumpur. Tolong bantu saya.

Huihui.
Sumber: XHS Xiao Huihui

Pemandu Bas Hilangkan Bagasi Pelancong?

Menerusi satu komen Huihui, dia turut mendakwa seorang pemandu bas telah menghilangkan bagasi miliknya sewaktu dia menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Melaka.

Tambah pelancong itu, dia telah menunggu pemandu bas sehingga jam 3 ke 4 pagi bagi memulangkan bagasinya tetapi masih tidak mendapat sebarang maklum balas.

Sumber: XHS Xiao Huihui

“Malaysia Adalah Iklim Hutan Hujan Tropika”

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen yang berkata pelancong itu perlu membawa payung untuk ke mana-mana apabila mahu berjalan di Malaysia lebih-lebih lagi ketika musim hujan.

“Malaysia mempunyai iklim hutan hujan tropika, jadi kau kena bawa payung bersama,” kata seorang pengguna XHS.

Sementara itu seorang warga tempatan berkata penduduk di Malaysia sangat berharap hujan turun disebabkan rasa bahang.

“Kami orang tempatan memang nak hujan. Kalau tak, sangat panas sebaik sahaja terdedah kepada matahari selepas hujan berhenti,” ujar seorang warganet.

Ada juga yang berharap agar Huihui kembali ke Malaysia pada masa akan datang meskipun sudah menghadap pelbagai halangan sewaktu berada di sini.

Sumber: XHS Xiao Huihui

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Jerman Kesal ‘Ditendang’ Keluar Dari Bas Kerana Tak Ada Kad Touch ‘N Go

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong China Kritik Nasi Lemak Atas Pesawat Tak Sedap Undang Perhatian Ramai

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.