Perhimpunan ‘Freedom Of Palestine’ Teruk Dikecam, Dr Musa Tampil Mohon Maaf
Jelas Dr Musa, peraturan yang dilakukan adalah selaras dengan arahan yang dikeluarkan PDRM untuk memastikan perhimpunan itu berada dalam sempadan kemanusiaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam (22 oktober) kecoh di media sosial apabila ramai yang meluahkan rasa kecewa dengan perhimpunan ‘Freedom of Palestine’ yang diadakan di Dataran Merdeka.
Perkara itu difahamkan selepas terdapat peserta perhimpunan yang mendakwa mereka tidak dibenarkan melaung ‘Allahuakbar’ dan juga mempamerkan plakad yang menggelar Pemimpin Israel, Benjamin Netanyahu sebagai ‘penjenayah perang’.
Ekoran itu, pengerusi daripada Viva Palestina Malaysia (VPM) iaitu Datuk Dr Musa Mohd Nordin telah tampil menjelaskan plakad yang menunjukkan wajah pemimpin itu dilihat sebagai provokasi.
Beliau turut menafikan terdapat dakwaan larangan peserta untuk melaungkan ‘Allahuakbar’ ketika perhimpunan.
Namun ia tidak meredakan kemarahan orang ramai memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang menajadikan Islam sebagai agama rasmi.
Baca artikel berkaitan: Peserta Perhimpunan ‘Freedom Of Palestin’ Dakwa Tak Dibenar Laung ‘Allahuakbar’, Ini Penjelasan Dr Musa
Dr Musa tampil mohon maaf, jelaskan peraturan ikut arahan PDRM
Sedar isu tersebut menjadi kritikan ramai, Dr Musa kemudian tampil memohon maaf ekoran beberapa insiden yang terjadi ketika perhimpunan itu berlangsung.
Perkara itu dimaklumkan oleh beliau menerusi satu ciapan di Twitter rasminya.
Menurut Dr Musa peraturan yang diaplikasi oleh penganjur adalah selaras dengan arahan dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar sentiasa berada dalam sempadan perhimpunan kemanusiaan.
“PDRM memberi arahan yang jelas kepada pasukan keselamatan kami untuk mengambil tindakan pantas terhadap ucapan kebencian atau poster dan ejen provokatif yang berniat untuk menggagalkan perhimpunan kemanusiaan dan aman kami.
“Namun demikian, saya difahamkan terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara kelangsungan perhimpunan kami,” ciapnya lagi.
Laungan Allahuakbar tidak menjadi isu, ramai tetamu turut laungkan dalam ucapan
Beliau dalam pada itu turut menjelaskan mengenai laungan takbir ‘Allahuakbar’ yang tidak menjadi satu isu kerana terdapat tetamu yang hadir turut melaungkannya ketika memberikan ucapan.
“Nurul Izzah dan Pengerusi IKRAM, Badlishah turut melaungkan takbir semasa berucap. Ramai yang mengucapkan takbir di mana kami tidak menghentikannya.
“Cuma pengacara majlis hanya mengingatkan perhimpunan itu disertai oleh pelbagai agama dan ingin melakukan laungan chanting yang boleh disertai oleh semua,” katanya lagi.
Jelasnya mereka berharap dapat menjadi inklusif dalam perhimpunan berkenaan dan laungan chanting yang diketuai oleh dua wakil mereka telah mendapat sambutan yang baik. Malah beliau menyifatkan mereka melaungkan chanting dengan penuh bersemangat tanpa mengira bangsa mahupun agama.
We were hoping to be inclusive in our humanitarian gathering. The chants led by our 2 performers was very well received & was the most exhilarating time of the rally. All joined in enthusiastically in the chants irrespective of race and religion.
— Dr Musa Mohd Nordin (@drmusanordin) October 23, 2023
This is in keeping with the PDRM order for us to keep within the boundaries of a humanitarian rally. PDRM gave clear instructions to our security team to take swift action against hate speech/poster & agent provocateurs intent on derailing our humanitarian & peaceful rally.
— Dr Musa Mohd Nordin (@drmusanordin) October 23, 2023
Namun demikian, saya difahamkan terdapat beberapa pihak yang kurang berpuas hati dengan cara kelangsungan perhimpunan kami.
— Dr Musa Mohd Nordin (@drmusanordin) October 23, 2023
Oleh yang demikian, bagi seluruh pihak VPM, kami memohon maaf terhadap segala kekurangan kami.