“Kental Brother Ni!” – Peserta KLSCM 2023 Selamba Lari 42KM Sambil Heret Tayar Kereta [Video]
Tayar tersebut yang kelihatan terseret di atas jalan raya secara tidak langsung telah menambah beban kepada peserta berkenaan untuk berlari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hujung minggu lalu, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM 2023) telah berlangsung dari 30 September sehingga 1 Oktober lalu.
Acara larian tahunan di Malaysia ini telah diadakan di Dataran Merdeka melibatkan 6 kategori perlumbaan iaitu maraton penuh 42.195KM, separuh maraton 21.0975KM, larian 10KM, larian 5KM, serta larian kanak-kanak 2KM dan 1KM.
Seramai kira-kira 15,000 peserta larian separuh maraton yang menyertai acara ini pada Sabtu lalu manakala dianggarkan 40,000 orang pula menyertai acara maraton penuh pada hari Ahad pula.
Tular video perserta lari sambil heret tayar kereta
Dalam kemeriahan KLSCM 2023 ini, tular pula video seorang peserta lelaki berlari sambil menarik tayar kereta sehingga mendapat perhatian ramai.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @ajwadazizan, kelihatan peserta terbabit berlari sambil mengheret tayar itu dengan menggunakan tali yang disangkutkan di badannya.
Lari sambil tarik tayar sejauh 42KM?
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Ajwad Azizan itu, apa yang mengejutkan peserta terbabit dikatakan menyertai kategori maraton penuh sejauh 42Km.
“KLSCM 2023 pemberani 42KM Tarik tayar tahun ini, kental!” – tulisnya di dalam video.
Tayar tersebut yang kelihatan terseret di atas jalan raya secara tidak langsung telah menambah beban kepada peserta berkenaan untuk berlari.
Fuh betul-betul kental brother ni, kami yang tengok pun dah rasa penat…
Video berdurasi 28 saat itu telah sohor di media sosial sekaligus meraih pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Netizen kagum dengan semangat dan kekuatan peserta lelaki terbabit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat semangat dan kekuatan peserta lelaki berkenaan yang sanggup berlari sambil menarik tayar.
Malah, segelintir pengguna TikTok juga berseloroh dengan memberikan komen-komen yang mencuit hati.