Adibah Noor Kongsi Tips Beli Rumah

Perancangan kewangan amatlah penting pada zaman sekarang ni untuk bertahan dan meneruskan kehidupan seharian.

Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor berkongsi tips di laman sosial Twitter mengenai bagaimana anda boleh menyimpan duit dan membeli rumah bagi orang yang bekerja sendiri atau freelancer sepertinya.

Menurutnya, dia tak tolak kemungkinan orang lain mempunyai cara mereka tersendiri dalam menabung tetapi dia mahu berkongsi caranya yang dilihat tidak begitu membebankan jika seseorang itu betul-betul berdisiplin. Hanya perlu menyimpan 10 peratus dari gaji mesti kita boleh buat kan?

Dia juga menasihati jangan mengambil apa-apa pinjaman dan kad kredit kepada mereka yang belum mencecah 10 tahun bekerja dan jimat selagi boleh seperti sewa bilik harga murah, jangan beli telefon atau gadget canggih, naik pengangkutan awam, tumpang kawan dan sebagainya.

Selepas 10 tahun menyimpan, anda boleh membeli rumah dan pihak bank juga mesti senang untuk bagi pinjaman kerana rekod bank yang cantik.

Malah, Adibah turut menyarankan supaya anda mengambil pinjaman jangka pendek supaya dapat menghabiskan bayaran cepat dan cepat dapat bebaskan diri dari hutang rumah.

Selain itu, dia menyarankan jika anda mampu menyimpan dua akaun dalam satu masa lagi bagus kerana dapat beli rumah dan kereta sekaligus. Nak kahwin pun tak ada masalah.

Perasaan dapat membeli aset menggunakan nama sendiri memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa semua kesusahan dulu berbaloi.

Ramai yang berterima kasih kepada Adibah kerana memberi tips berguna dan tak membebankan untuk mereka ikuti. Mungkin anda juga boleh cuba ikut tips seperti ini. Selamat menabung!

Sumber: Twitter Adibah Noor

Recent Posts

  • News
  • Trending

“Tiada Bukti Kukuh” – Kes Guru MRSM Pedofilia Diklasifikasi Fitnah, Polis Siasat Penulis

Menurut Ketua Polis Kelantan, pihaknya kini membuka siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia…

2 mins ago
  • Trending

“Menu Rare” – Ramai Teruja Cikgu Buat Tosei Semasa Sambutan Hari Raya Di Sekolah [Video]

Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…

1 hour ago
  • News
  • Trending

QSR Brands Sahkan Beberapa Cawangan KFC Terpilih Ditutup Sementara

Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…

1 hour ago
  • Dunia
  • News
  • Trending

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19 Keluarannya Ada Kesan Sampingan

AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…

2 hours ago
  • Trending

Seniman Saran Selebriti Terpalit Kontroversi Aliff Aziz Buat Laporan Polis & SKMM

Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…

3 hours ago
  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

19 hours ago