fbpx
Now Reading
Harga RON95 Di Singapura RM9.32 Seliter

Harga RON95 Di Singapura RM9.32 Seliter

Sebagai info, harga RON95 Malaysia ketika ini adalah ke-11 paling rendah di dunia, jauh lebih murah dari Arab Saudi, Mesir, UAE, Jordan dan Oman.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak beberapa hari lalu, media sosial hangat memperkatakan mengenai penularan beberapa foto ragam pemandu kenderaan dengan plat pendaftaran Singapura mengisi minyak di stesen minyak di Malaysia.

Menerusi foto-foto tersebut, ada yang dilihat menggunakan ‘jack’ bagi menyengetkan kereta ketika mengisi minyak, dan ada juga yang menggunakan ramp dalam usaha mengisi penuh minyak kereta mereka.

Lebih menimbulkan kemarahan apabila ada di kalangan mereka yang ‘tertangkap’ apabila secara terang-terangan dilihat mengisi minyak RON95 yang merupakan minyak bersubsidi yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat Malaysia dan bukannya kenderaan negara asing.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi kemudiannya memaklumkan telah mengambil maklum mengenai tentang gambar tular tersebut dan telah mengarahkan agar ia disiasat serta-merta.

Malah beliau telah mengarahkan pemantauan yang lebih agresif dijalankan di semua stesen minyak, terutama yang berdekatan dengan negeri bersempadan bagi mengelakkan ketirisan penjualan minyak petrol bersubsidi kepada kenderaan asing.

Baca artikel berkaitan : Tular Kereta Singapura Isi RON95 Di Malaysia, KPDNHEP Sedia Pantau Stesen Minyak

Kenapa ini berlaku

Semua ini sebenarnya berlaku kerana harga jualan petrol yang begitu tinggi di negara republik itu.

Menerusi laporan Malaysia Gazette yang memetik laman carsbruh.com, harga RON95 di negara jiran kita itu adalah antara S$2.99 hingga S$3.00 atau kira-kira RM9.32 seliter.

Harga itu dilihat jauh begitu tinggi dan hampir empat kali ganda dari harga RON95 di negara kita iaitu RM2.05 (harga sehingga 6 April).

Meskipun pasaran harga petrol diapungkan, kerajaan Malaysia masih memberikan subsidi untuk minyak RON95 demi membantu rakyat negara daripada tekanan ekonomi. Pendekatan sebegini bagaimanapun tidak diamalkan oleh kerajaaan Singapura.

Semalam, media Singapura melaporkan, Menteri Perdagangan dan Industri Kedua negara itu, Tan See Leng berkata, setakat ini mereka tidak menemukan bukti yang wujudnya pakatan sulit di kalangan peruncit petrol dan pergerakan harga pam dalam menentukan perubahan harga minyak mentah di sana.

Tambah beliau, sekiranya ada bukti salah laku anti-persaingan seperti kenaikan harga yang diselaraskan, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura akan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas, termasuk denda bagi syarikat yang melakukan kesalahan.

Sebagai info, petrol RON95 Malaysia pada harga RM2.05 satu liter adalah ke-11 paling rendah dalam dunia iaitu jauh lebih murah dari beberapa negara pengeluar minyak lain seperti Arab Saudi, Mesir, UAE, Jordan dan Oman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.