fbpx

Wang RM100k Milik Persatuan OKU Lesap Ditipu Scammer Jual Beli Kereta

Mangsa melayari FB itu dengan melihat akaun terbabit yang menjual pelbagai jenis kereta import terpakai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wang RM100,000 milik sebuah persatuan orang kurang upaya (OKU) ‘hangus’ selepas diperdaya oleh seorang scammer dalam satu urusan jual beli kereta secara dalam talian di Pendang, Kedah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, kejadian berlaku pada bulan Mac yang lepas apabila mangsa lelaki yang berusia 31 tahun yang juga merupakan petugas sukarelawan di persatuan itu hendak membeli sebuah kereta jenis Toyota Voxy melalui aplikasi Facebook (FB).

Kereta itu dibeli untuk kegunaan persatuan

Kereta itu difahamkan akan dibeli bagi tujuan kegunaan persatuan itu sendiri memandangkan ia mempunyai kerusi automatik untuk menurunkan penumpang.

Katanya lagi, mangsa telah melayari FB bagi tujuan melihat akaun terbabit yang menjual pelbagai jenis kenderaan import terpakai.

“Mangsa kemudian berminat untuk membeli kereta berkenaan untuk kegunaan persatuan OKU terbabit.

“Susulan daripada itu, mangsa kemudian berurusan dengan suspek melalui aplikasi WhatsApp untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada pagi Khamis (26 Mei).

Pembayaran wang secara berperingkat

Elias berkata, mangsa kemudian diminta membuat pembayaran dan atas kepercayaan tinggi, mangsa terus membuat pemindahan wang secara berperingkat ke akaun bank yang diberikan oleh suspek pada sekitar bulan April dan Mei ini.

Jumlaeseluruhan jumlah bayaran adalah sebanyak RM100,000.

“Penipuan ini mula disedari mangsa selepas suspek berjanji akan menyerahkan kereta itu kepadanya namun sehingga kini suspek mendiamkan diri dan gagal dihubungi.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Balai Polis Pendang pada (23 Mei) lalu selepas menyedari ditipu.

“Berikutan itu, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” ujarnya.

Foto kredit : Pexels

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.